Lionel Messi sekali lagi mengutuk kelab lamanya PSG dalam satu temubual bersama media Perancis, RMC. Sebelum ini Messi menganggap PSG sebagai kelab yang teruk dan penuh dengan tekanan. Sehinggakan dia sentiasa menunggu minggu antarabangsa untuk menenangkan keadaan.
Kini Messi tampil dengan keccaman lagi, dia tidak berpuas hati dengan cara PSG melayannya selepas dia pulang ke kelab itu sebagai Juara Dunia.
Messi mengetuai Argentina ketika menewaskan Perancis dalam aksi final di Qatar untuk memenangi gelaran dunia ketiga mereka.
Messi berjaya mendapatkan kejuaraan dunia itu pada percubaan kelima dalam kariernya.
Namun Messi sangat kecewa dengan PSG yang tidak meraikan kejayaannya dengan lebih baik.
Messi hanya diberi guard of honor oleh rakan sepasukannya di PSG semasa latihan. Namun langsung tiada keraian di Parc des Princes.
Laporan sebelum ini mendakwa Messi mahu mengarak trofi di stadium PSG, tetapi pengurusan tertinggi kelab berkata tidak membenarkannya kerana risau dengan sambutan daripada peminat PSG.
Memandangkan kelab itu merupakan berasal dari Perancis, dan Kylian Mbappe juga merupakan pemain kegemaran peminat di PSG. Mbappe berada dalam final tersebut.
PSG mahu menjaga hati Mbappe yang sudah menjaringkan hatrik dalam final namun masih gagal memenanginya.
Seterusnya, pengurus tertinggi PSG memberitahu Messi bahawa, tindakan itu mungkin akan membuatkan Messi diejek dan diaibkan peminat mereka sendiri.
Hal ini kerana hubungan Messi dan peminat PSG harus diakui tidak cukup baik.
PSG memang cuba mengiktiraf kemenangan Messi di Piala Dunia dengan menghadiahkannya anugerah khas dalam latihan dan memberikannya rehat yang panjang selepas perlawanan akhir.
Argentina mengalahkan Perancis pada 18 Disember, tetapi penyerang itu tidak kembali untuk berlatih sehingga 4 Januari.
Sebelum itu, dalam kontrak Messi, PSG juga setuju untuk membenarkan pemain itu mengutamakan Argentina. Bermaksud, Messi berhak meminta rehat jika perlawanan Argentina terlalu dekat dengan jadual PSG.
Namun Messi, yang menyertai Inter Miami pimpinan David Beckham pada musim panas lalu, tidak fikir PSG telah melakukan sesuatu yang memuaskan untuk menandakan pencapaiannya.
“Saya adalah satu-satunya pemain yang tidak menerima pengiktirafan daripada kelab berbanding 25 rakan sepasukan saya yang lain,” kata Messi.
Lionel Messi said he was the only Argentina World Cup winning player who didn't receive recognition from his club. pic.twitter.com/XuzuwpBCKH
— ESPN FC (@ESPNFC) September 21, 2023
Kebanyakan pemain Argentina menerima sambutan wira apabila mereka kembali ke kelab mereka, termasuk Alexis Mac Allister.
Pemain tengah Brighton itu, yang telah menyertai Liverpool, dibenarkan menjulang trofi Piala Dunia di Amex sebelum perlawanan Liga Perdana.
Mac Allister turut menjulang trofi di padang latihan Brighton sambil diberikan sorakan dan penghargaan oleh rakan sepasukannya dan kakitangan kejurulatihan Roberto De Zerbi.
“Sungguh mengagumkan untuk berkongsi pingat saya dengan mereka semua,” Mac Allister kemudian memberitahu Sky Sports.
“Saya tahu mereka semua akan gembira untuk saya kerana mereka tahu mereka adalah sebahagian penting dalam perjalanan saya ke Piala Dunia tiga tahun lalu. Tetapi saya tidak menjangkakan sambutan itu, sejujurnya.”
Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez diberi sambutan yang sama apabila dia kembali ke Old Trafford. Dia tweet: “Tiada kata-kata… Terima kasih kepada Old Trafford, rakan sepasukan saya dan kakitangan untuk sambutan yang menakjubkan ini. Terasa seronok untuk kembali dan menang.”