Messi Mahu Peminatnya Berhenti Panggil Dia ‘Tuhan’ Kerana Itu Keterlaluan

Lionel Messi akhirnya bersuara tentang gelaran GOD atau Tuhan yang dilabel oleh peminat fanatiknya kepadanya.  Malah, ketika bercakap kepada penerbitan Catalan RAC1  Messi: “Saya tidak tertekan dengannya, tetapi memang benar saya tidak menyukainya.”

“Saya senang hati dipuji kerana itu tanda orang ramai menghormati saya. Mereka tidak mengatakannya dengan niat jahat, tetapi sebenarnya, sebaliknya. Tetapi saya rasa terlalu keterlaluan untuk memanggil saya begitu dengan menggelar saya sebagai tuhan.”

Messi, yang menyertai kelab MLS Inter Miami pada musim panas ini, kerap dipanggil ‘tuhan atau dewa bola sepak’ terutama sekali media barat serta Argentina.

Ini kerana Messi seringkali digambarkan  sebagai pemain sempurna dan memiliki magis yang luar biasa, tiada pada pemain lain. Dalam kariernya Lionel Messi sudah memenangi 7 Ballon d’Or. Dan dia juga merupakan antara pemain pilihan untuk memenangi Ballon d’Or 2023.

Messi kini menjadi pemain paling sukses dalam sejarah setelah mengatasi rekod Dani Alves. Tetapi itu bukan alasan untuk Messi menerima peminat memujanya keterlaluan sehinggakan menggelarkannya tuhan.

Perkara yang paling merisaukan Messi adalah tentang anak lelakinya yang mungkin akan mengikut peminat yang menggelarnya sebagai tuhan. Itu sesuatu yang Messi tak sukai. Dia tidak mahu anaknya silap mengenali Tuhan.

Sekarang ini anaknya kerap memanggil Messi dengan nama Leo Messi kerana seringkali mendengar orang memanggil ayahnya begitu. Dan bayangkan jika anaknya mendengar orang memanggil ayahnya sebagai tuhan.

Messi menambah: “Kerana anak lelaki saya, umur yang mereka ada, mereka mendengar sesuatu dan mereka menirunya. Anak saya. Misalnya Mateo, memanggil saya ‘Leo Messi,” [dia akan berkata,] ‘jom Leo Messi!'”

Messi mengingatkan para peminatnya untuk berhenti menggelarnya sebagai tuhan. Kerana dia tidak menyukainya. Dia lebih selesa digelar sebagai Messi, manusia biasa.

Messi kini bermain di MLS bersama Inter Miami setelah meninggalkan PSG, sebaik sahaja kontraknya tamat. Messi masih lagi menjadi kapten pasukan kebangsaan negaranya. Di mana jurulatih, Lionel Scaloni percaya pemain itu akan terus mewakili Argentina sekurang kurangnya dalam 1 lagi edisi Piala Dunia pada 2026.

Messi sebelum ini mengetuai negaranya menjuarai Piala Dunia 2022. Merupakan Piala Dunia ke-3 dalam koleksi La Abiceleste.