Messi: “Real Madrid Bukan Pasukan Terbaik Di UCL Dan Selalu Buat Gol Pelik”

Dalam temu bual dengan sukan TyC, bintang PSG dan Argentina, Lionel Messi, bercakap tentang padangannya mengenai kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah ke-14 Real Madrid.

Messi turut menceritakan tentang kelebihan Real Madrid dari segi psikologi, dan juga bagaimana rasanya kalah kepada anak anak buah Carlo Ancelotti dalam pusingan 16 .

“Pasukan terbaik tidak selalu menang,” kata Messi.

“Real Madrid, tanpa memperlekehkan mereka, lebih-lebih lagi kerana mereka juara Liga Juara-Juara Eropah dan sentiasa berada di sana.

Namun mereka bukanlah pasukan terbaik dalam Liga Juara-Juara musim ini, namun, mereka berjaya menewaskan semua lawan mereka.

Messi juga bercakap panjang lebar tentang kepentingan kelebihan psikologi Real Madrid dan bagaimana rasanya kalah di Santiago Bernabeu.

“Perkara berkaitan [kekalahan di tangan] Real Madrid telah membunuh kami,” kata Messi mengenai kekalahan PSG dalam aksi menentang Real Madrid.

“Bagi saya, ke seluruh bilik persalinan secara umumnya, sehinggalah ke seluruh Paris [merasai tekanannya], kerana kami mempunyai ilusi yang kuat dalam pertandingan itu, dan juga sebab bagaimana permainan itu berlangsung, keputusannya adalah satu tamparan hebat.”

Messi menyatakan bahawa realiti itu agak kejam untuk PSG yang tampil sebagai pasukan lebih baik dalam pertandingan itu.

Dua turut menyatakan bahawa Real Madrid seringkali melakukan gol pelik daripada gerakan pelik. Dan jika itu berlaku maknanya, ianya petanda tak elok buat pasukan lawan Real Madrid.

“Saya tahu apa itu Real Madrid, saya telah mengalaminya selama bertahun-tahun, sepanjang hidup saya, secara dekat.”

“Dan saya tahu itu boleh berlaku, kerana entah dari mana mereka menjaringkan gol dan ia secara automatik mengubah perlawanan…. ”

“Jika pergerakan pelik berlaku atau gol pelik berlaku, ia secara automatik boleh mengubah perlawanan. Dan saya sudah tahu bahawa ia boleh berlaku dan ia berlaku kepada kami dan kepada semua pasukan yang mereka tentang — dan ia bukan kali pertama ia berlaku.”

“Saya mahu memenanginya sekali lagi dan ia menjengkelkan saya kerana tidak dapat melakukannya.”

“Ia juga membuatkan saya melihat bahawa pasukan terbaik tidak selalu memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Dan hakikat bahawa Liga Juara-Juara adalah mengenai situasi.”

“Terdapat detik-detik tertentu, detik-detik psikologi yang mencengkam pasukan, di mana kesilapan sedikit pun membutakan kamu tersingkir dan orang yang paling bersedia untuk situasi tersebut akhirnya memenanginya atau mara ke final”

Messi sebenarnya turut terlepas peluang untuk menjaringkan penalti dalam aksi di Paris. Di mana PSG memerlukan kemenangan 2 gol selepas ketinggalan 3-1 pada perlawanan pertama.

Messi gagal menyempurnakan penaltinya dalam aksi kemenangan tipis 1-0 PSG dan membuatkan mereka tersingkir.

Dalam sidang media yang sama, Lionel Messi menyatakan bahawa Karim Benzema adalah calon tunggal untuk memenangi Ballon d’Or musim ini.

Menurut pemenang 7 Ballon d’Or itu berkata: “Saya rasa tiada keraguan – di mana Karim Benzema menikmati tahun yang spektakular dan mengukuhkan namanya dengan menamatkan musim sebagai pemenang Liga Juara Juara Eropah.”

“Dia menjadi nadi penting pasukannya bermula daripada peringkat 16 akhir ke atas dalam semua perlawanan.”

“Saya rasa tiada keraguan bahawa dia akan menjadi pemenang musim ini.”

Sememangnya sangat sukar untuk menewaskan Benzema pada tahun ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan 44 gol daripada 46 perlawanan, untuk Real Madrid dalam semua pertandingan musim ini.

Selain itu Karim Benzema turut mencatatkan 15 assist. Benzema membantu Real Madrid menjuarai La Liga dan UCL pada musim ini.

Legenda Arsenal, Thierry Henry sependapat dengan Lionel Messi. Kerana menurutnya Karim Benzema sudah berada di kedudukan tidak mampu dicabar untuk Ballon D’Or terutama sekali selepas dia memenangi UCL.

Itu dianggap penguat utama kepada reputasi Benzema.

Walaubagaimanapun rakan baik yang juga rakan sepasukan Lionel Messi di PSG, Neymar pula memilih Vinicius Jr sebagai calon pemenang Ballon d’Or.