Messi: Saya Dah Capai Segalanya Dalam Bola Sepak

Lionel Messi telah mendedahkan bahawa dia sudah mencapai segalanya dalam bola sepak dengan memenagi Piala Dunia 2022.

Messi sebelum ini tidak diletakkan harapan untuk menjadi juara dunia selepas final 2014. Dan kemudian kempen hambar pada 2018.

Tetapi ternyata semangat tak putus asa La Pulga membolehkannya membawa pulang Piala Dunia untuk negaranya.

Sekaligus menamatkan kemaran Piala Dunia sejak 1986 untuk negaranya. Messi turut diundi sebagai pemain terbaik Piala Dunia 2022.

Messi menegaskan pada ketika ini dia dalam fasa untuk memikirkan soal persaraan. Dan dia mahu bermain di tempat yang kurang tekanan.

Messi pernah menyatakan salah satu faktor dia tidak kembali ke Barcelona kerana bosan dengan layanan media Sepanyol dan pembencinya di sana.

Menurut Messi, dia seringkali menjadi kambing hitam ketika di Barcelona. Ketika dia mendengar Barca mahu memotong gaji pemain yang mereka sedia ada dan menjual beberapa pemain lain demi mendapatkan semula Messi, maka pemain itu akhirnya memutuskan untuk tidak kembali ke sana.

Kerana dia tidak mahu namanya dijadikan tajuk akhbar dan dituduh dengan macam macam tohmahan.

Messi dianggap ramai pihak sebagai GOAT ataupun pemain terbaik sepanjang zaman. Penyerang tersebut memiliki karier luar biasa.

Memenangi segalanya di peringkat kelab dan negara. Seterusnnya sudah memiliki sangat banyak anugerah individu.

Messi berkata: “Saya sudah mencapai segalanya dalam bola sepak. Tiada apa lagi yang tertinggal atau terlepas.”

Messi menyertai Inter Miami di Amerika Syarikat sebagai salah satu pelan sebelum bersara. Dia meninggalkan PSG secara percuma.

Messi menolak memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan PSG dan meneruskan rundingan dengan Barcelona.

Barca menerusi presiden kelab, Joan Laporta mengakui mereka berusaha membawa Messi kembali semula ke Nou Camp.

Malangnya, proses itu rumit kerana situasi kewangan di Barcelona yang kurang mengizinkan.

Bercerita tentang kejayaannya memenangi Piala Dunia 2022, Messi menjelaskan dia memang merancang untuk bersara selepas Piala Dunia 2022 terutama sekali selepas memenanginya.

Namun pemain itu berseloroh, sebaliknya pula yang berlaku. Selepas kemenangan itu, khidmatnya terus ditagih. Dan sukar untuk dia menolak panggilan skuad kebangsaan Argentina yang sentiasa menjadi keutamannya.

Messi malah pernah memasukkan klausa ‘utamakan skuad kebangsaan Argentina’ dalam kontraknya dengan PSG.