Messi, Suarez Meledak Gol, Namun Inter Miami Kalah, Turut Terkena Siuuu Dengan Pemain Al Hilal

Inter Miami menelan kekalahan pertama mereka pada aksi rehat musim dalam Piala Musim Riyadh ataupun Riyadh Season Cup.

Messi dan Luis Suarez sekali lagi berada dalam senari penjaring bersama sama. Kedua dua pemain sebelum ini bermain untuk Barcelona, bermain bersama sama dalam 258 perlawanan di sana.

Ketika mereka beraksi, sama ada salah seorang atau kedua duanya beraksi atas padang, mereka mencetak 406 gol.

Messi dan Suarez juga sangat popular ketika mereka menjadi 2 pemain yang turut membentuk gandingan trio MSN bersama sama Neymar ketika di Barcelona.

Antara trio serangan terbaik dalam sejarah bola sepak.

Inter Miami kini dalam cuti pra musim. Sementara Al Hilal pula pada cuti rehat musim di Arab Saudi.

Inter Miami yang diketuai Lionel Messi kalah 3-4 di tangan gergasi Arab Saudi Al Hilal.

Al Hilal dominan pada separuh masa pertama. Menjaringkan 3 gol pada 45 minit pertama termasuk 2 gol pantas menerusi Mitrovic (minit ke-10) dan Al Hamdan (minit ke-13).

Luis Suarez kemudian merapatkan jurang gol buat Inter Miami. Gol itu gol pertama Luis Suarez yang menyertai Inter Miami baru baru ini. Namun Michael menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-44 dan dia meraikannya dengan keraian Siuuu di hadapan Lionel Messi.

Keraian itu signifikan dengan seteru Messi iaitu Cristiano Ronaldo.

Pada separuh masa kedua, Inter Miami memperbaiki rentah permainan mereka. Dan mendapat penalti. Ianya disudahkan oleh Lionel Messi pada minit ke-54.

Seminit kemudian David Ruiz menjadikan kedudukan 3-3.

Walaubagaimanapun, Al Hilal tetap meraikan kemenangan mereka. Di mana bintang asal Brazil, Malcom menjaringkan gol keempat Al Hilal pada minit ke-88.

Kekalahan ini sebenarnya menunjukkan bahawa Inter Miami masih belum berada pada kualiti yang mereka harapkan.

Aksi seterusnya pasti paling menjadi tumpuan. Ini kerana Inter Miami akan berhadapan dengan Al Nassr pada Khamis. Ianya pertemuan di antara Ronaldo vs Messi sekali lagi.

Namun status kecederaan Cristiano Ronaldo menjadi tanda tanya. Sebelum ini Al Nassr terpaksa menarik diri dalam 2 aksi persahabatan di China kerana CR7 cedera.

Baca yang lain