Lionel Messi dilaporkan tidak gembira mendengar tawaran oleh PSG kepada Kylian Mbappe. Di mana kelab itu sedia membayar Mbappe €1 juta seminggu selepas cukai.
Pemain antarabangsa Perancis itu sebelum ini menolak beberapa siri tawaran kontrak kepadanya. Namun baru baru ini membayangkan bahawa dia sudah sedia untuk kekal.
Ini apabila Mbappe dengan terbuka menyatakan bahawa dia sekarang sedang berusaha menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah PSG. Ketika ini hanya Edinson Cavani yang berada di atas Mbappe di dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab.
Terdapat juga laporan menyatakan bahawa perlawanan UCL baru baru ini menentang Real Madrid membuatkan Mbappe kembali memikirkan tawaran untuk kekal di PSG.
Mbappe seringkali dikaitkan dengan Real Madrid. Di mana kelab itu turut sedia membayar bonus tandatangan sebagai free agent sebanyak €90 juta.
Kini PSG sudah sedia menawarkan Mbappe gaji sekitar €950k sehingga €1 juta seminggu selepas cukai. Gaji mingguan yang sama diterima Messi ketika di Barcelona namun sebelum cukai.
Paris Saint-Germain (PSG) forward Lionel Messi is reportedly unhappy with reports that Kylian Mbappe could become the highest-paid player in world football. https://t.co/IEzSTdvWMC
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) March 2, 2022
Bergitu juga ketika dia ke PSG, Messi mendapat gaji yang sama tetapi juga sebelum cukai. Bermakna Messi mendapat sekitar €729k seminggu. Sebahagian gaji Messi turut dibayar dengan matawang kripto.
Ianya membuatkan Messi ketika ini menjadi pemain bola sepak dengan gaji tertinggi di dunia mengatasi Cristiano Ronaldo dan juga Neymar.
PSG memang mahu menjadikan Messi kekal sebagai pemain dengan gaji tertinggi di dunia. Namun kini segalanya bakal berubah jika Mbappe menerima tawaran baharu PSG.
Sebagai perbandingan, dalam 3 tahun Messi menerima sekitar €100 juta. Dan Kylian Mbappe pula ditawarkan €100 juta untuk kontrak hanya 2 tahun.
El Nacional melaporkan bahawa ayah Messi yang mewakili pemain itu sudah menyatakan bahawa mereka kurang senang dengan tawaran kepada Mbappe yang dianggap terlampau tinggi berbanding dengan pemain bintang yang lain.
Akhbar AS Sepanyol melaporkan bahawa PSG menawarkan bonus tandatangan kontrak €100 juta kepada Kylian Mbappe dan ejennya.
Seterusnya PSG sedia membayar Mbappe gaji €50 juta semusim dengan kontrak selama 2 tahun. Selain itu PSG berjanji akan membenarkan pemain berusia 23 tahun itu beraksi dalam Sukan Olimpik Paris pada 2024.
Ini bermakna Mbappe akan menerima sekitar €950k sehingga €1 juta seminggu di PSG. Jika dia kekal selama 2 tahun, dia akan menerima bonus kesetiaan bernilai €100 juta lagi.
🚨⚽️ PSG have offered Kylian Mbappé a 2-year contract extension. The deal is worth €900k per week plus a signing bonus of €100m.
— @leparisien_93 pic.twitter.com/ZIfI5LxPJ0
— Your Football News (@YFNews) March 1, 2022
Ini bermakna Mbappe akan menjadi pemain bola sepak dengan gaji terbesar di dunia.
Di mana El Nacional melaporkan bahawa, Messi mulai mempersoalkan sama ada Kylian Mbappe lebih penting daripada dia di PSG?
Seterusnya pihak Messi juga mahu kepastian sama ada tawaran luar biasa kepada Mbappe itu bermakna PSG sudah sedia untuk melihat pemain seperti Messi pergi?
Di atas padang Kylian Mbappe ketika ini memang lebih menyerlah berbanding dengan Messi.
Walaupun Messi banyak menyumbang assist, namun dari segi jaringan gol, Messi hanya menjaringkan 7 gol daripada 23 perlawanan. Ianya jauh daripada standard yang beliau biasa lakukan di Barcelona sebelum ini.
How Messi-Mbappe-Dembele could trigger the biggest moves in the summer transfer market!
Reports suggest that PSG have offered Mbappe a €1m per week net salary. Huge. pic.twitter.com/fXpmBZuuyq
— The Football Index 🎙 ⚽ (@TheFootballInd) February 23, 2022
Baru baru ini Mbappe menjadi wira kemenangan pasukannya dalam aksi pertama pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah. Piala yang menjadi sasaran utama mereka sejak hari pertama pemilikan konsortium Qatar di kelab mereka.
Apa yang pasti masih belum ada apa apa yang sudah dimuktamadkan pada ketika ini. Kerana Mbappe masih lagi belum komited dengan mana mana kelab menjelang kira kira 4 bulan terakhir kontraknya di PSG.