Sebentar tadi La Liga sudah memuat naik status bahawa mereka mengesahkan bahawa klausa pelepasan Messi di Barcelona masih tertakluk kepada angka €700 juta.
La Liga menjelaskan, kontrak itu masih sah dan terpakai. Jadi hanya satu satunya cara Messi keluar daripada Barcelona adalah dengan Messi ataupun pasukan lain menebus klausa pelepasan itu.
Buat masa ini, Man City dikaitkan dengan Messi.
Official statement by La Liga. They side with Barcelona in Leo Messi contract battle: “Current deal is still valid and paying release clause for €700m is the only way out”. 🛑
Manchester City are still waiting for Barça decision. 🔵 #MCFC pic.twitter.com/p15IWcBRMg
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 30, 2020
Messi sebelum ini sudah menyatakan dia nak keluar daripada Barca menerusi satu kiriman faks.
Beliau mahu mengaktifkan klausa khas yang membolehkannya keluar pada akhir musim selepas dia berusia 32 tahun.
Tapi Barca kini menyatakan klausa itu hanya aktif pada Jun setiap musim dan sekarang sudah masuk Ogos.
Messi menjadikan alasan, dia pun main untuk Barcelona sampai Ogos sebab nak tamatkan musim yang dianjak musim ini.
Lalu Messi merasakan dia berhan menebus kontrak itu sekarang.
Namun Barcelona berkeras dan tidak mahu melayan permintaan legenda no.1 mereka itu.
La Liga tampil menyokong Barcelona.
Messi tetap nak pergi
Kenyataan La Liga itu tidak sedikitpun mematahkan semangat Lionel Messi. Di mana beliau berkeras tetap mahu blah daripada Barcelona pada pra musim kali ini.
Tetapi Barcelona pun berkeras juga sama seperti Messi berkeras. Keras lawan keras, akhirnya Barcelona memberitahu Messi mereka tetap mahukan €700 juta.
Messi also after La Liga statement is not going to chance his mind. He wants to leave and to start a new chapter. Barcelona told him again they won’t let Leo go for free to Manchester City – and La Liga position is part of their strategy. The saga is on. 🚨🇦🇷 #Messi #FCB #MCFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 30, 2020
Nampak gayanya situasi kini menjadi semakin rumit.
Messi sebelum ini sudah beberapa kali tidak sehaluan dengan pengurusan tertinggi Barcelona. Antaranya termasuk layanan teruk diberikan Barca kepada Luis Suarez baru baru ini.
Selain itu Messi pernah bertikam lidah dengan Eric Abidal yang ketika itu masih menjadi pengarah sukan Barca.
Selain itu, beberapa hari lalu, para penyokong Barca melakukan satu lagi demonstrasi di hadapan Nou Camp.
Semalam mereka hanya berada di luar jalanraya. Namun kali ini mereka lebih liar dengan merempuh pagar Nou Camp dan masuk ke dalam stadium.
Tujuannya adalah kerana mereka protes kepada pengurusan Josep Maria Bartomeu yang dituduh punca kenapa Lionel Messi mahu meninggalkan pasukan tersebut.
Para penyokong melaungkan Bartomeu Out serta sokongan kepada Lionel Messi.
🎥 Group of fans enter the Camp Nou as a group. Security cannot stop them. #FCB 🚨👥
— Hagrid ✆ (@HagridFCB) August 26, 2020
Mereka merayu agar Lionel Messi terus kekal bersama dengan mereka. Sebaliknya Bartomeu yang digelar Nobita oleh peminat Barca, sepatutnya dia yang harus berambus daripada kelab mereka.
Messi merupakan pemain terbaik dalam sejarah Barcelona. Beliau menjadi figura penting dalam kejayaan Barcelona era moden.
Messi memenangi enam Ballon d’Or ketika bermain bersama kelab dari Catalan itu. Beliau sudah mengecapi banyak kejayaan bersama Barca sama ada secara berpasukan ataupun individu.
Namun agak mengecewakan musim ini apabila Messi dan Barca menamatkan kempen dengan tanpa sebarang piala buat pertama kali dalam tempoh 12 tahun.