Messi Tewaskan Lewandowski Untuk Ballon d’Or Ketujuh

Lionel Messi dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2021. Ini bermakna penyerang PSG dan Argentina itu kini telah mengumpul tujuh daripada anugerah pemain individu paling bberpresti itu.

Tiada pemain lain lebih banyak memenanginya daripada Messi di dalam sejarah. Dengan yang paling hampir adalah Cristiano Ronaldo yang masih dengan 5 Ballon d’Or.

 

Malam Gala Ballon d’Or 2021 berlangsung di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis. Di mana ada terdapat enam kategori yang dipertandingkan dalam anugerah yang dianjurkan oleh majalah France Football.

Yang paling berprestij sudah tentunya anugerah Lelaki dan Wanita Terbaik. Bagi kategori lelaki, Ballon d’Or dimenangi oleh Lionel Messi

Messi menewaskan dua lagi pemain untuk memenangi gelaran Ballon d’Or 2021 iaitu Robert Lewandowski di tempat kedua, dan Jorginho di tempat ketiga.

Lewandowski yang merupakan pemenang Anugerah FIFA Best sebelum ini dianggap sebagai calon utama untuk memenangi Ballon d’Or selepas tiada penganjuran pada musim lalu ataupun tiada edisi untuk 2020.

Ini kerana ketika itu Ballon d’Or menyatakan bahawa mereka tidak selesa untuk menganjurkan anugerah tersebut di tengah tengah pandemik.

Messi memenangi gelaran Ballon d’Or 2021, selepas berjaya menghadiahkan trofi Copa America untuk pasukan kebangsaan Argentina.

Pencapaian tersebut benar benar membantu Messi menaikkan popularitinya untuk mengatasi Robert Lewandowski dan juga pemenang Euro, Jorginho.

Julai lalu, La Pulga mengetuai Albiceleste untuk memenangi Copa America yang cukup penting untuk Lionel Messi, kerana ia menjadi gelaran kejohanan besar pertamanya untuk Argentina.

Ini selepas Messi sudah memenangi kesemua trofi di peringkat kelab. Jadi pemain berusia 34 tahun itu benar benar mahu menghadiahkan sesuatu buat negara asalnya.

Seteru utama Messi dalam kariernya, Cristiano Ronaldo hanya di tempat ke-6 di dalam senarai 10 teratas pada kali ini.

Manakala dalam kategori lain, Ballon d’Or 2021 untuk pemain wanita dimenangi oleh Alexia Putellas, pemain wanita Barcelona.

Pedri pula memenangi kategori pemain muda terbaik atau Trofi Kopa, dan Gianluigi Donnarumma memenangi Trofi Yashin atau penjaga gol terbaik.

France Football juga telah membuat dua pencalonan baharu untuk Ballon d’Or Gala 2021 iaitu kelab terbaik dan penyerang terbaik. Chelsea memenangi gelaran Kelab Terbaik Tahun 2021, dan Lewandowski memenangi gelaran Penyerang Terbaik 2021.

Lewandowski mengucapkan tahniah kepada Lionel Messi dan berbesar hati dapat memenangi Anugerah Penyerang Terbaik.

“Tahniah kepada Leo Messi dan Alexia Puttelas, pemenang Ballon d’Or 2021. Tahniah juga kepada semua pemain yang tercalon!”

“Saya berjaya memenangi Penyerang Terbaim Tahunan dan tiada pemain yang boleh memenangi anugerah  individu tanpa pasukan yang kuat dan penyokong setia di belakang mereka. Terima kasih di atas sokongan anda semua.”

Berikut adalah 10 terbaik Ballon d’Or.

1. Lionel Messi
2. Robert Lewandowski
3. Jorginho
4. Karim Benzema
5. N’Golo Kante
6. Cristiano Ronaldo
7. Mohamed Salah
8. Kevin de Bruyne
9. Kylian Mbappe
10. Gianluigi Donnarumma

Lionel Messi kemudian memberikan penghargaan kepada naib juara Ballon d’Or, Robert Lewandowski.

Messi berkata: “Saya mahu menyebut nama Robert Lewandowski. Ianya adalah satu penghormatan dapat bersaing bersama kamu.”

“Saya berpendapat France Football patut menganugerahkan kamu Ballon d’Or pada tahun 2020 kerana kamu layak menerimanya.”

Syabas kepada Lionel Messi kerana meraih satu lagi Ballon d’Or di dalam kariernya. Misi Messi seterusnya pastinya kepada aksi UCL bersama PSG dan juga misi Piala Dunia 2022 di Qatar bersama dengan Argentina.

Messi masih lagi menjadi pemain utama di peringkat tertinggi untuk kelab dan negara.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi