Messi Tolak Anugerah MOTM Dan Berikannya Kepada Mac Allister

Walaupun gagal menyempurnakan 1 penalti dalam perlawanan ini, namun secara keseluruhannya aksi Lionel Messi adalah cemerlang.

Dia menjadi perancang utama dalam kemenangan Argentina ke atas Poland.

Messi kemudian dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ataupun Man Of The Match (MOTM) kerana prestasinya membantu Argentina menang 2-0 ke atas Poland dan sekaligus menempah tiket di peringkat kalah mati.

Messi melebarkan rekod uniknya, tidak pernah tersingkir daripada peringkat kumpulan di dalam kariernya dalam semua pertandingan yang ada format tersebut.

Namun begitu, Messi merasakan ada pemain lebih layak mendapat MOTM, iaitu bintang Brighton iaitu Alexis Mac Allister.

Ini kerana pemain itu turut cemerlang dan menjadi penjaring gol pembukaan untuk Argentina selepas kegagalan Messi menyempurnakan penaltinya.

Gol itu benar benar penting untuk Argentina meningkatkan keyakinan mereka di dalam perlawanan ini.

Satu lagi gol Argentina dihasilkan oleh pemain muda Julian Alvarez pada minit ke-67 separuh masa kedua. Bintang muda City itu terus menunjukkan kualitinya.

Messi tolak trofi MOTM

Sebaik tamat perlawanan, laman rasmi FIFA mengemaskini data untuk penerima Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan /MOTM.

Dengan statistik yang dicatatkan oleh Messi, bintang yang memiliki 7 Ballon d’Or itu dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan /MOTM – perlawanan ketiga peringkat kumpulan antara Argentina dan Poland.

Namun Messi telah menyerahkan trofi MOTM itu kepada Mac Allister untuk menaikkan lagi moral pemain itu selepas aksi cemerlang berdepan dengan Poland.

Mac Allister malah bergambar secara rasmi dengan trofi MOTM tersebut dengan rasa bangga.

Messi dan Argentina meneruskan pemburuan Piala Dunia 2022. Ini kemungkinan peluang terakhir Messi untuk menjulang piala paling beprestij itu bersama negaranya.

Sebelum ini Messi sudah membantu negaranya menamatkan kemarau kejuaraan Copa America. Yang juga merupakan piala major pertama Messi bersama dengan pasukan kebangsaan.

Walaupun sudah bergelar pemain veteran, namun Lionel Messi masih menunjukkan bahawa dia masih antara pemain terbaik di dunia.

Dia masih tidak menunjukkan tanda tanda dia mengalami kemerosotan prestasi. Walaupun Gary Neville berpendapat pertahanan lawan sudah tak gentar dengan Messi kerana dia sudah mulai menunjukkan kemerosotan prestasinya.

Neville mungkin harus menelan balik kata katanya.

Baca yang lain