Messi Tolak Tawaran PSG, Sedia Kembali Ke Barca Dengan Syarat Pique Tidak Bermain Di Nou Camp Lagi

Lionel Messi dilaporkan tidak berminat untuk melanjutkan kontraknya di PSG. Lantas memberikan harapan kepada peminat Barcelona untuk menyaksikan legenda sepanjang zaman kelab mereka itu kembali ke Nou Camp selepas kontrak dia berakhir.

Kontrak semasa Messi akan berakhir pada akhir musim ini. Di mana pemain itu masih tidak melanjutkan kontraknya bersama dengan kelab Perancis – PSG.

PSG sebelum ini sudah menyatakan bahawa mereka benar benar berminat untuk melanjutkan lagi kontrak Messi.

Ini kerana pengaruh pemain itu memberikan manfaat kepada kelab dalam banyak aspek.

Di atas padang Messi dilihat sudah semakin serasi dengan PSG dan kembali ke prestasi terbaiknya.

Di luar padang, PSG mencatat keuntungan luar biasa dari segi komersial kerana adanya Messi.

Malangnya Messi dikatakan telah menolak tawaran tersebut. Namun Messi bukannya menutup peluang sepenuhnya kepada PSG. Cuma buat masa ini dia tidak lagi memberikan komitmen baharu.

Fokus Messi lebih kepada Argentina. Di mana kapten antarabangsa Argentina itu mahu membantu negaranya menamatkan kemarau kejuaraan Piala Dunia setelah sekian lama.

Argentina antara pasukan pilihan untuk edisi kali ini.

Barcelona masih menjadi kelab utama yang dilihat menjadi destinasi seterusnya Messi.

Sebelum ini presiden Barcelona, Joan Laporta menyatakan bahawa kelab itu sentiasa terbuka menerima kepulangan semula Messi jika keadaan mengizinkan.

Dengan ekonomi Barca yang kian pulih, jalan untuk Messi kembali semakin cerah jika dia mahu kembali setelah perpisahan yang memeritkan kedua dua pihak pada 2021.

Messi kini sedia untuk menerima semula tawaran dengan Barcelona. Namun dia mahu memastikan bahawa Barcelona tidak melanjutkan kontrak Gerard Pique di Nou Camp.

Messi dikatakan kecewa dengan sikap Pique sebelum ini yang menjadi antara punca dia terpaksa meninggalkan Barcelona.

Pique kemudian menafikan dia tak mahu dipotong gaji, dan menjadi penyebab Messi terpaksa dilepaskan. Sehinggakan Pique sanggup berkongsi slip gajinya di media sosial.

Pique dilaporkan sedia meninggalkan Barcelona selepas tamat musim ini dengan Atletico Madrid dikaitkan sebagai destinasi seterusnya.

Xavi turut memainkan peranan penting dalam membawa pulang Messi. Kerana pengurus itu sangat berminat untuk bergandingan semula dengan Messi, kali ini sebagai pengurus dan pemain.

Messi tidak sehaluan dengan Pique sejak meninggalkan Barca dan mereka berdua masih tak pernah bertegur sapa sejak itu.

 

 

Baca yang lain