Lionel Messi menjangkakan pemain muda Barcelona Lamine Yamal akan menjadi pesaing keempat dalam persaingan Ballon d’Or akan datang selepas Mbappe, Vini Jr dan Haaland.
Menariknya apabila Messi tidak meletakkan nama Jude Bellingham dalam senarai pilihannya untuk Ballon d’Or selepas ini.
Bellingham cemerlang sejak menyertai Real Madrid dan memecahkan beberapa siri rekod.
Messi merupakan penyandang gelaran Ballon d’Or sebelum ini pernah menyatakan bahawa masanya akan tiba juga di mana Erling Haaland dan Mbappe akan menjadi pesaing utama merebut Ballon d’Or selepas ini.
Kerana beliau sudah pun di hujung karier dan bermain MLS. Messi sebelum ini memenangi Ballon d’Or buat kali kelapan setelah membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022.
Messi sudah sedia melihat generasi baharu pula berebut gelaran tersebut selepas duopoli beliau dan CR7 bertahun tahun lamanya.
Messi berkata: “Mungkin akan ada perseteruan yang indah dalam beberapa tahun akan datang melibatkan Erling Haaland, Kylian Mbappe dan Vinicius Jr untuk bersaing merebut Ballon d’Or.
Bellingham missing as Lionel Messi lists Haaland, Mbappe, Vinicius and Lamine Yamal as players that will compete for the Ballon d'Or. pic.twitter.com/D5cKqh3PTV
— YabaLeftOnline (@yabaleftonline) March 30, 2024
“Dan saya juga berpendapat bahawa Lamine Yamal, yang masih sangat muda, akan memainkan peranan besar dalam merebut gelaran itu bersama sama mereka,” tegas Messi.
Lamine Yamal yang baru berusia 16 tahun telah menjadi bakat luar biasa di Barcelona dan membuat aksi sangat memukau ketika minggu antarabangsa yang lalu bersama Sepanyol.
Ini bukanlah kali pertama Messi memuji Lamine Yamal. Kerana beberapa tahu lalu dia pernah membayangkan satu nama yang akan meningkat naik mendadak adalah bakat akademi La Masia bernama Lamine Yamal.
Lamine Yamal pernah menjadi pemain termuda mendapat debut dalam La Liga di bawah Xavi iaitu pada usia 15 tahun 9 bulan dan 16 hari.
Yamine pernah menyatakan bahawa dia tidak pernah gentar beraksi menentang sesiapa sahaja termasuk pemain bintang yang dewasa.
16 year-old Lamine Yamal vs 5x WC Winners Brazil
He plays more like Neymar to me
Don't know how y'all see Messi
Generational Talent nevertheless✨❤️pic.twitter.com/JMpbIAp4wM
— Lawal🦁🇦🇷 (@tndlawal) March 28, 2024
“Saya tak takut, saya akan masuk ke padang dan bermain bola sepak,” kata beliau selepas aksi La Liga musim lalu.
Xavi memuji bakat Lamine Yamal dan berkata: “Dia adalah bakat yang mirip kepada Lionel Messi.”
Lamine Yamal lahir 13 Julai 2007 di Mataro dalam keluarga berketurunan Maghribi dan ibu dari Equatorial Guinean.
Dia kini sedang menikmati musim yang hebat secara peribadi di Barcelona. Antara pemain yang memanfaatkan peluang ketika Barca berdepan kekangan mendapatkan pemain bintang kerana isu FFP.