Meteora: Album Malar Segar Linkin Park

Pada 2000, Linkin Park mengeluarkan salah sebuah album yang digelar sebagai berlian iaitu Hybrid Theory.

Ramai yang mulai meletakkan tanda aras tinggi bahawa Hybrid Theory adalah masterpiece untuk Linkin Park.

Malah ada yang mulai menutup perdebatan bahawa, mungkin album akan datang akan lebih bagus?

Tadaaa!

Masuk studio lagi

Pada 25 Mac 2003, tiga tahun selepas itu, Linkin Park mengeluarkan Meteora. Album yang dianggap masterpiece sebenar dan Linkin Park baru sahaja melepasi penanda aras tinggi yang mereka sendiri tetapkan.

Album ini ibarat menaikkan momentum mereka dalam Nu Metal. Walaupun selepas Hybrid Theory, mereka ada album susulan berbentuk remix iaitu Reanimation. Tetapi lupakan album tu, sebab ianya tak penting dalam sejarah Linkin Park.

Brad Delson ketika itu memberitahu MTV: “Kami semua ada cara berbeza ketika menulis dan kami belajar di antara satu sama lain. Itu telah membantu kami berevolusi dalam penulisan lagu.”

“Kami benar-benar belajar maksud tekanan. Namun tekanan itu bukannya oleh orang dari luar. Ianya adalah tekanan artistik yang dialami diri sendiri.”

“Kamu tak mampu nak kawal kejayaan komersial, dan buang masa kamu nak melabur tenaga untuk itu.”

“Namun kualiti album kamu adalah bergantung sepenuhnya kepada kamu. Jadi, kamu tak boleh nak salahkan orang lain kalau kamu menulis lagu sampah.”

“Sebelum kami menghasilkan meteora, saya mendengar album Hybrid Theory dan Reanimation, dan saya seperti, Dude! saya sangat bangga dengan album album ni.”

“Saya lupa bagaimana kami melakukannya dan saya tak tahu untuk menjelaskan bagaimana kami nak mengulanginya.”

“Kami agak teruk masa tu, dan nasib baik kami berjaya melaburkan tenaga untuk diri sendiri sepenuhnya untuk 18 bulan dan membantu kami menghasilkan album yang hebat.”

Meteora

Hybrid Theory jelas memberikan Linkin Park tekanan. Dan mereka memberikan fokus sepenuhnya kepada album Meteora. Bayangkan 18 bulan mereka fokus sepenuhnya tanpa membuat side project lain.

Album ini mempertaruhkan single melankolik keras “Somewhere I Belong”.

Ianya terus diterima dengan cepat oleh peminat yang seolah – olah sangat berpuas hati selepas menunggu: ‘Ini yang kami harapkan, dan ini yang mereka berikan,’ itulah gambaran ketika itu.

Lagu yang dimulakan dengan gesekan scratching oleh Joe Hahn dan kemudian bunyi gitar keras oleh Delson.

Mike Shinoda masuk dengan rapping dan disusuli oleh Chester yang bersahutan dengan beliau.

Pada korusnya, sudah pastinya peminat nak bunyi scream daripada Chester Bennington, dan itu Linkin Park bagi juga.

Pelepasan single Somewhere I Belong membuatkan sudah ramai peminat beratur nak mendapatkan album penuh.

Klip videonya diarahkan oleh Joe Hahn yang memang paling banyak menjadi pengarah video klip mereka.

Dalam album Meteora, Linkin Park hampir menggunakan khidmat Hahn untuk arahan klip video mereka.

Selepas lagu “Somewhere I Belong”, pendengar dinaikkan tempo oleh “Faint”. Seperti lagu Somewhere I Belong, intro lagu Faint pasti sedang dalam kepala kamu sekarang kan?

Intro pembukaan lagu itu adalah gabungan idea oleh Mike Shinoda dan David Campbell.

Beberapa saat selepas bunyi string tersebut, terus masuk bunyi trash guitar daripada Delson dan juga bass padu oleh  Dave Farrell serta drum hard hitting daripada Rob Bourdon.

Lagu ini juga menjadi cepat hits di radio ketika itu.

Chester: Saya dah tahu

Chester Bennington menyatakan mereka memang tahu peminat akan suka dengan lagu Faint. Dan Chester sangat tak sabar nak melihat reaksi peminat Linkin Park apabila album itu keluar kelak – sambil tersekat dengan lagu Faint.

Chester ketika ditemuramah radio tentang populariti Faint, beliau berkata: “Kami memang dah tahu apa kami mahukan.”

“Dan kami dah agak apa yang mereka [peminat] mahukan. Dan kami tahu apa yang harus kami buat untuk execute darjah kepuasan itu.”

“Jadi, kami terus lakukannya. Kami tak kisah sangat apa yang orang lain nak kata.”

“Kami tak kisah orang kritik lagu ini tak menepati stail kami ataupun lari daripada gaya bunyi lagu yang lain.”

“Ianya macam ni, riff lagu ni memang gila, kemudian kami hanya hanya menjerit dalam lagu ini. Untuk lagu seterusnya kami berikan tempo sederhana dan balada yang kita semua boleh nyanyi bersama-sama.”

Chester kemudian berkata, beliau yakin Meteora akan menjadi extension kepada kesukaan orang kepada Hybrid Theory.

Beliau faham kehendak muda mudi yang menjadi golongan pendengar utama lagu mereka. Muda mudi tu dan tua tua dah sekarang kan. hehe.

“Kami sekumpulan sudah melakukan ujian, kami pun pernah menjadi budak kolej. Kami pernah berada di makmal.”

“Dan kami pernah terserempak dengan sesuatu yang semua orang suka. Dan saya rasa Meteora adalah penyambung keghairahan itu.”

Lagu penting

Lagu ketiga mid tempo yang dimaksudkan oleh Chester Bennington adalah Numb. Lagu yang berada 12 minggu sebagai juara carta Modern Rock dari 2003 sehingga awal 2004.

Kemudian lagu “Breaking the Habit,” menjengah ke telinga anda. Antara lagu yang paling penting dalam sejarah Linkin Park menurut Mike Shinoda.

Namun Mike Shinoda awalnya seakan-akan pandang rendah dengan lagu ini. Kerana beliau menjangkakan tiada orang nak dengar sangat.

Mike ketika ditanya tentang lagu ini, beliau berkata: “5 tahun aku nak menghasilkan lagu sebegini. Ianya lagu tentang kawan saya yang berada dalam situasi sangat sukar menimpa keluarganya.”

“Ianya lagu yang agak dark. Perkara ni orang tak akan dengar di radio, namun penting untuk kami.”

Mike Shinoda menjelaskan, bagi mereka, ada kalanya mereka nak menulis lagu yang mereka sendiri dengar walaupun mungkin lagu itu tak akan mendapat sambutan.

Ianya buah tangan untuk diri sendiri. Ternyata Mike silap. Lagu itu pun meletup sekali.

Malah Don Gilmore yang merupakan penerbit bersama album ini menyatakan lagu tersebut telah menjadi talian penting menghubungkan Linkin Park dengan peminatnya.

Chester pula menjelaskan bahawa, lagu itu lebih kepada emosi dan bermakna buat Mike Shinoda. Lalu mereka mahu memastikan mereka membantu Mike Shinoda menghasilkan lagu yang hebat.

“Kami tak bercakap tentang situasi. Kami bercakap soal emosi di sebalik situasi. Mike dan saya dua manusia berbeza. ”

“Jadi, kami tak boleh menyanyi satu benda yang sama. Namun kami berdua memahami apa itu kesakitan, kemarahan, kesunyian, cinta dan kebahagian. Dan kami boleh menghubungkait itu semua.”

Lagu “Lying From You” adalah bersandarkan bunyi viola. Lagu ini pun Shinoda dedahkan ia adalah tentang seorang yang memaksa orang lain dengan berbohong untuk menaikkan kemarahan mereka.

Dan ia kisah seseorang yang tidak diperlukan lagi.

Meteora turut memuatkan dua lagi trek yang sedap iaitu “From the Inside” dan “Session” iaitu instrumental.

Rob Bourdon berkata: “Kami nak himpunkan satu lagu yang boleh duduk sekali sebaik baiknya dalam satu album dan akan bermain di dalam CD player kamu.”

“Dari awal sehingga ke akhir, tidak ada ruang untuk kamu tidur mendengarnya.”

Meteora merupakan salah sebuah album paling hits pada abada ke-21.

Dan sehingga ke hari ini, album tersebut masih didengari oleh peminat Linkin Park.