Liga Bola Sepak Arab Saudi ataupun MFL cawangan Arab dalam proses untuk membentangkan kertas cadangan agar juara Liga Pro Saudi diberikan tempat dalam Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.
Bermula musim 2024/25, UCL akan menggunakan format baharu 36 pasukan berbanding 32 pasukan yang ada.
Arab Saudi melobi mahu mendapatkan tiket wildcard ataupun pasukan jemputan dari liga negara itu. Cadangan tersebut sedang dibincangkan di kalangan pegawai tertinggi MFL cawangan Saudi pada masa ini.
Mereka mahu melihat juara Liga Pro Saudi diberikan tempat dalam Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.
Di mana Arab Saudi yakin UEFA akan tertarik dengan cadangan itu memandangkan ramai bintang besar seperti Ronaldo, Neymar, Benzema yang bermain di Arab Saudi pada masa ini.
Liga Arab Saudi kini sedang dibanjiri bintang bintang ternama yang tertarik bermain di liga tersebut yang turut menawarkan gaji luar biasa.
Marca menganggap cadangan untuk melihat pasukan seperti Al Nassr bermain di UCL sebagai impian yang sukar dicapai.
Namun siapa tahu kan? UEFA pun pastinya memikirkan soal keuntungan daripada tontonan. Selepas UCL kehilangan banyak nama besar seperti Messi, Ronaldo, Neymar, Benzema yang semua mereka tidak akan beraksi dalam UCL musim ini.
Ronaldo merupakan pemain yang digelar Mr Champions League kerana rekod beliau dalam pertandingan itu yang sangat luar biasa.
Dia juga memiliki 5 kejuaraan UCL dalam kariernya. Jadi Liga Pro Arab Saudi benar benar mahu membantu pemain itu agar menyambung legasinya di UCL jika Al Nassr menjadi juara Liga Pro Saudi musim ini.
Walaupun pemain itu menyatakan di sudah tawar hati dengan bola sepak Eropah yang semakin merudum.
Menurut Ronaldo, selain dari EPL, liga liga lain di Eropah sedang menunjukkan penurunan. Ronaldo malah yakin bahawa Liga Pro Saudi akan berada dalam kalangan 5 liga terbaik di dunia selepas ini.
Malah yakin dalam beberapa tahun lagi Liga Pro Saudi akan menjadi lebih baik daripada Liga Belanda dan Turki di Eropah.
❗🇸🇦 It’s true that there were talks between UEFA and Saudi. The Saudi Arabia leaders dream to be part of UEFA Champions League. But it’s a distant dream. [@marca ] pic.twitter.com/vO8hiLNduT
— TCR. (@TeamCRonaldo) August 17, 2023
Adakah UEFA akan menerima cadangan murni daripada Arab Saudi ini?
Dan mungkinkah kita akan melihat kelibat abang Do kembali merumput di pentas UCL.