MFL Nak Saman iflix

Laporan oleh Twentytwo13 menyatakan bahawa Malaysian Football League (MFL) sedang dalam proses untuk menyaman iflix.

Media tersebut menyatakan mereka sudah mendapat pengesahan daripada orang dalam MFL yang menyatakan bahawa perkara itu adalah benar.

Menurut pemberi maklumat tersebut, beliau menyatakan: “Ya itu benar, kami sedang dalam proses untuk mengambil tindakan perundangan ke atas iflix. Namun saya tak boleh bercerita lebih lanjut kerana kes ini sudah dibawa ke mahkamah.”

Beliau menyatakan bahawa saman tersebut melibatkan nilai berjuta ringgit.

Football Malaysia Limited Liability Partnership yang kemudian dikenali dengan MFL, telah bekerjasama dengan iflix untuk menyiarkan Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Perdana di portal video on the go pada tahun 2018.

Perjanjian 10 tahun itu dilaporkan bernilai RM300 juta dan pada mulanya boleh didapati secara percuma sebelum bayaran langganan dikenakan.

iflix bertindak selaku penyiar utama dan membuat konten khas sepanjang musim, termasuk ulasan perlawanan dan wawancara dengan pemain serta siri kandungan hiburan dan gaya hidup.

Ketika perjanjian itu ditandatangani, syarikat itu berkata: “Usahasama pertama antara FMLLP dan iflix mewakili masa depan hiburan sukan, mengutamakan peminat, membawa bola sepak Malaysia kembali kepada masyarakat.”

“Sekarang, semua 20 juta pemilik telefon pintar dan para peminat akan mendapat akses langsung tanpa had ke konten premium bola sepak Malaysia untuk pertama kalinya.”

Iflix baru baru ini mengumumkan bahawa syarikat mereka akan diambil alih oleh Tencent. Ini selepas Iflix berdepan dengan kerugian yang sangat besar.

erbalik ke tahun 2018, iflix melaporkan mereka mengalami kerugian bersih AS $158.1 juta. Setahun kemudian pada bulan September, iflix hanya mempunyai AS $12.7 juta dalam akaun banknya.

Akhirnya, pada bulan April 2020, pengasas bersama Patrick Grove dan Luke Elliot memutuskan untuk mengundurkan diri dari syarikat itu, dan ahli lembaga baru dari Mandala Asset Solutions di Australia dilantik.

Mandala Asset Solutions sebelum ini mengakui mereka sebagai pakar dalam situasi aset yang bermasalah. Tetapi nampaknya syarikat itu masih menghadapi masalah membawa keuntungan.

Ini memaksa perkhidmatan penstriman di Asia Tenggara itu disenaraikan untuk dijual pada bulan Jun 2020 kerana peningkatan kerugian berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Nikkei Asian Review.

Tetapi nampaknya iflix sudah dibeli dan mungkin mempunyai hq baharu di luar Asia Tenggara.

Iflix selalunya menghadapi isu kekurangan apabila tiba ke isu kandungan yang ditawarkannya.

Walaupun memiliki fokus yang besar pada konten tempatan di Asia Tenggara, namun mereka berdepan dengan kesulitan pada konten antarabangsa.

Seterusnya, masalah lain adalah kualiti video maksimum yang iflix berada pada FullHD atau 1080p, berbanding Netflix, yang menawarkan kualiti 4K pada pelan langganan tertinggi mereka.

Lowyat.net baru-baru ini melihat bahawa nama pemaju di App Store dan Play Store telah diubah menjadi Ren Feng Media Inc.

Tencent adalah syarikat induk Ren Feng Media Inc.

Syarikat induk Ren Feng Media adalah Tencent, sebuah syarikat induk yang perniagaan utamanya terdiri daripada perkhidmatan internet, hiburan, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, wang pelaburan utama Tencent sebelum ini ditempatkan di syarikat permainan seperti Riot Games, Epic Games, Activision Blizzard, dan banyak lagi.

Dengan pengambilalihan iflix oleh Tencent, ini bermakna syarikat tersebut dijangka akan membawa lebih banyak konten terutama sekali dari China.

Tencent dilapprkan sudah bersedia untuk menyaingi Netflix di pasaran Asia, terutama sekali Asia Tenggara.