Mi 10 Pro Dengan Kamera 108MP Yang Boleh Shot Gambar Dari Angkasa

Xiaomi telah pun mengeluarkan siri Mi 10 Pro untuk dimiliki oleh para peminat Xiaomi, beberapa bulan selepas mereka melancarkan Mi Note 10 / Mi Note 10 Pro.

Telefon pintar tersebut turut dilengkapi dengan kamera 108MP seperti mana Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro sebelum ini.

Jika sebelum ini korang melihat orang zoom gambar bulan dengan telefon pintar. Kali ini Mi telah memberikan kelainan.

Di mana korang boleh try shot ambil gambar dari atas langit sana.

Kali ini dalam video promosi telefon pintar tersebut, Xiaomi telah memaparkan satu shot dengan kamera 108MP dari ruang angkasa.

Ianya dikatakan menggunakan  telefon pintar Xiaomi yang diletakkan di satelit dan mereka merakamkan beberapa gambar.

Imej yang dihasilkan agak memuaskan. Namun dalam video promosi itu, shot shot daripada atas angkasa ini hanyalah berdurasi 8 saat daripada keseluruhan 1 minit video promosi tersebut.

Korang boleh tengok iklan terbaru itu di sini. Kalau nak skip ke shot dari angkasa tu, terus ke garis masa 54 saat.

Daripada iklan tersebut, kamera Mi 10 Pro ini nampaknya masih jauh daripada kamera yang bagus untuk mengambil gambar daripada sejauh itu dengan lebih dekat.

Namun Xiaomi ni bijak. Dia bukan suruh korang tengok segala jalanraya dan kampung daripada shot tersebut, dia cuma letak: “Lihatlah dunia kamu menerusi 108MP.”

Bijak kan? So, dia tak tekankan pun benda lain.

Tetapi berdasarkan video promosi, gambar masih mengancam.

Menurut video iklan tersebut, Xiaomi dijangka akan menghantar lebih 100 juta telefon pintarnya ke seluruh dunia pada 2020 ini.

Mi 10 dan Mi 10 Pro sudah pun tersedia dan dijual di China selepas perlancarannya pada bilan lalu.

Namun untuk pasaran global ianya akan dilancarkan pada 27 Mac ini. Ramai yang menjangkakan Mi 10 dan Mi 10 Pro akan menjadi telefon pintar yang popular pada tahun ini.

Berikut adalah spesifikasi Mi 10 Pro:

•6.4″ Amoled display with single punch-hole
•SD 865
•16GB Ram & 512GB Storage
•108+16+12+5MP Quad Rear Camera’s
•5250mAh battery
•MIUI 11

Amacam ok tak? Dah boleh menabung dah korang yang meminati telefon pintar dengan kapasiti kamera yang tinggi nak mampos serta dikuasakan Snapdragon 865.

Baca yang lain