Micah Richards berkongsi tentang pandangan pertamanya tentang Mohamed Salah ketika pemain itu tiba di Fiorentina. Di mana ketika itu Micah Richards sendiri bermain di sana.
Hubungan mereka berdua sangat rapat di sana. Sehinggakan Salah pernah berseloroh menganggap Micah Richards adalah pemandu ubernya ketika di Itali.
Richards menyertai Fiorentina awal musim 2014/15, secara pinjaman dari Man City. Dan pada pertengahan musim Chelsea meminjamkan Salah ke kelab itu.
Richards hanya membuat 19 penampilan dalam kempen yang dibelenggu masalah kecederaan di Itali. Namun di luar padang, Richards banyak membantu memudahkan urusan Mo Salah dalam proses pemain itu menyesuaikan diri dengan di bandar baharunya tanpa keluarganya yang kekal tingal di London.
Salah berkata bahawa Richards akan menjemputnya dan menghantarnya pulang setiap hari ke tempat latihan Fiorentina. Ditanya mengenai Richards, Salah memberitahu Sky Sports: “Ya Tuhanku, salah seorang lelaki paling gila yang pernah saya temui. Dia benar-benar lelaki yang baik.”
“Keluarga saya berada di London dan dia bersendirian dan kami selalu pergi minum kopi. Saya tidak mempunyai kereta, dia sentiasa menjemput saya sebelum latihan dan selepas latihan untuk menghantar saya pulang. Dia adalah pemandu saya pada masa itu!”
"I picked him up every day for six months!" 🤣🚗 pic.twitter.com/TNAvJiPfNJ
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 25, 2023
“Dan kami mempunyai masa yang sangat baik. Dia berpura-pura bahasa Italinya lebih baik tetapi semua orang tahu ia tidak! Tetapi dia seorang lelaki yang hebat dan kami sangat rapat dan kami hanya kekal berhubung sampai la ni.”
Salah terus kekal di Itali, menikmati kejayaan di Roma, sebelum menyertai Liverpool pada 2017. Richards memuji watak dan kepercayaan diri pemain Mesir itu.
Dia menambah: “Tetapi secara jujur, saya tahu orang bercakap tentang dia sebagai pemain, pemain yang hebat, luar biasa, bertaraf dunia. Tetapi sebagai seorang insan, dia lelaki yang hebat.”
“Dia sangat merendah diri, dia sangat bersemangat, dia sangat bersemangat. Dia juga berkata kepada saya ketika kami di Fiorentina ‘Suatu hari nanti saya akan menjadi salah seorang penyerang terbaik di dunia’.”
“Dan dia tetap berpegang pada kata-katanya. Itulah kepercayaan yang dia ada pada kemampuannya sendiri. Saya tidak percaya kami di Fiorentina memilikinya, saya tidak percaya Chelsea melepaskannya. Saya awalnya ingat dia adalah telur yang rosak [pemain bermasalah], sebab dari segi kemampuannya, mustahil Chelsea tidak mahu menggunakan khidmatnya. ”
“Dia akan menerima bola di padang latihan dan menggelecek semua orang yang ada di situ. Saya benar benar tidak percaya Chelsea boleh melepaskannya.”
Micah Richards was in disbelief over Chelsea's decision to let Mohamed Salah leave 🤯 #BBCFootball pic.twitter.com/EicqTpjYwV
— BBC Sport (@BBCSport) November 23, 2023
Misteri penjualan Salah oleh Chelsea pernah dijawab oleh Mourinho. Ketika ramai menuduh Mourinho membuat kesilapan menjual Salah dan De Bruyne terlalu awal.
Menurut Mourinho dia tidak bertanggungjawab dalam menjual Mo Salah tetapi itu keputusan kelab.
Chelsea sold Salah not Mourinho, Mourinho bought Salah for Chelsea and he had a hard time adapting and all those issues Young player's experience
Jose always says "I didn't sell Salah at Chelsea -I fell in love with him!"
Chelsea later sold Salah pic.twitter.com/vdX0D26Up6
— 🛸 (@cfcAndyy) October 6, 2021