Micah Richards Kongsi Kisah Mencarut Pada Pengurus Kerana Diajar Balotelli

Micah Richards berkongsi satu pengalaman memalukan dan lucu ketika dia menyertai Fiorentina.

Semuanya gara gara Mario Balotelli yang mengajarnya benda bukan bukan.

Ketika menyertai Fiorentina, Micah Richards menghubungi Mario Balotelli untuk mengajarnya sedikit bahasa Itali untuk menyapa pengurus baharunya, Montella.

Malangnya, Richards sebenarnya telah diajar mencarut tanpa dia sedari.

Micah Richards tahu Balotelli seorang yang nakal. Namun ketika dia meminta nasihat Balotelli ketika itu, pemain itu kelihatan serius dan muka baik mahu menolongnya.

Itulah sebabnya dia percaya. Tetapi ternyata dia menyesali perbuatannya itu kerana ternyata Balotelli memang tak boleh dipercayai dalam hal hal sedemikian.

Richards berkongsi pengalaman itu: “Saya ada satu cerita yang sangat sangat teruk. Saya ketika itu pergi ke Fiorentina pada hari terakhir jendela perpindahan.”

“Dah tentu sekali saya tidak tahu berbahasa Itali, kalau takat ‘Si’ tu benda biasalah.”

“Saya sebenarnya terasa benar benar bodoh sekali [kerana mempercayaai Balotelli]. Saya bercakap dengan Balotelli, dan bertanya: ‘Apa yang saya patut katakan ketika menyapa seseorang [dalam bahasa Itali]?’.”

Gary Lineker mencelah: “Kamu tanya Balotelli?”

Richards menyambung: “Kerana dia biasanya baik [dalam situasi seperti itu].”

“Dan saya pergi berjumpa dengan pengurus, Montella. Saya pergi bersemuka dengannya dan berjabat tangan sambi berkata: ‘Testa di cazzo’.”

Alan Shearer yang turut berada dalam podcast itu berkata: “Bongoklah kau.”

“Rasanya maksud dia: “Kau kepala kot*”

“Saya cakap begitu kepada pengurus.”

“Ini pertama kali saya berkongsi cerita ini. Saya pun ragu ragu, patut ke saya cerita, ada ke orang akan percaya.”

“Dia [Balotelli] telah memerangkap saya. Tapi Montella ok saja, dia pun mula ketawa [kerana tahu saya sudah diperangkap]”