Micah Richards mengakui dia menyesal kerana tidak setuju dengan tawaran £100 ribu seminggu daripada Manchester City.
Alasannya, dia mahukan minit permainan dan City pula mahu menjadikannya pemain back up untuk Pablo Zabaleta.
Oleh kerana dia ketika itu mahu bermain dalam skuad kebangsaan England, dia menolak tawaran tersebut.
Menjelaskan kepada Gary Lineker dan Alan Shearer tentang tawaran lumayan itu, Richards berkata, Man City yang baru kaya raya masa itu mahu memastikan kuota Inggeris / homegrown mereka diisi.
Itulah sebab kenapa dia mendapat tawaran luar biasa itu.
Pemain yang menjadi pundit itu meninggalkan City pada musim panas 2015 selepas menghabiskan sedekad dalam pasukan utama.
Richards tidak gembira kerana jarang beraksi sepanjang tiga musim sebelumnya dan menghabiskan musim yang terakhir secara pinjaman di Itali bersama Fiorentina.
Walaupun begitu, pemain pertahanan itu mendapat tawaran lanjutan tahun sebelumnya, kerana kehadirannya sebagai pemain tempatan / homegrownd dalam skuad itu yang membantu mereka memenuhi kuota pendaftaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.
Pemain itu sendiri kini menjelaskan mengapa dia menolak perjanjian itu.
“Man City menawarkan saya 100k seminggu dalam perjanjian lima setengah tahun, dan saya berkata tidak kerana saya adalah nombor dua di belakang Pablo Zabaleta, jadi saya kata bahawa ianya bukan hanya soal wang,” kata Richards kepada BBC Sport.
Ditanya tentang adakah dia menyesal menolak tawaran mahal itu, Richards berseloroh menganggap dia sangat menyesal kerana kini dia masih terus mencari wang dengan bekerja dengan syarikat penyiar. Dia sebat sahaja semua tawaran yang ada.
Jika dia menerima tawaran Man City dahulu, mungkin dia tidak perlu terlalu bekerja keras pada masa ini.
Richards berkata: “Cuba kau fikir kenapa aku bekerja untuk hampir setiap penyiar?” – sambil menghempas kertas di tangannya.
“Ia adalah keputusan paling teruk yang pernah aku buat!”
Lebih malang pada musim pertamanya di Villa, mereka tersingkir ke divisyen Liga Kejuaraan.
Bermakna musim berikutnya gajinya dikurangkan 50% lagi. Jauh daripada GBP100k yang City tawarkan.
Richards meneruskan: “Saya pergi ke Aston Villa, itu adalah wang yang kurang berbanding di City. Tetapi kemudian kami diturunkan divisyen pada musim pertama saya di sana, jadi gaji saya pun berkurangan separuh. Jadi, saya telah bertukar daripada tawaran 100k seminggu kepada £25k seminggu dalam Liga Kejuaraan.”
Gary Lineker dan Shearer hampir cramp perut tergelak mendengar kisah itu. Lineker malah melabel Richards sebagai bangang kerana menolak tawaran tersebut.
Gary Lineker and Alan Shearer couldn't believe what they were hearing from Richards https://t.co/r6xneBrgVJ
— GiveMeSport (@GiveMeSport) April 10, 2023