Michael Cox Anggap Tiada Away Goal Rule Punca Real Madrid Main Negatif, Ancelotti Beri Respon

Carlo Ancelotti dikritik oleh peminat Real Madrid kerana tampil dengan taktikal yang defensif ketika berkunjung ke Parc Des Princes dalam aksi UCL menentang PSG.

Ramai yang menganggap ianya adalah kerana tiadanya peraturan gol tempat lawan membuatkan Real Madrid memutuskan untuk tidak bermain terlalu ofensif dan cuba menghampakan PSG dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Real Madrid hanya ada 43% penguasaan bola dan hanya ada 3 percubaan ke arah gawang PSG.

Pundit terkemuka, Jamie Carragher dan penganalisis taktikal terkenal, Michael Cox turut bersetuju bahawa Real Madrid tidak terikat dengan tanggungjawab untuk mencari gol tempat lawan atau risau dengan gol tempat lawan oleh PSG dalam perlawanan kedua.

Carragher menganggap keputusan UEFA untuk memansuhkan sistem gol tempat lawan adalah keputusan yang teruk.

Selain itu, Michael Cox berkata: “Real Madrid bermain untuk 0-0 di sini, saya tak pernah lagi tengok diorang bermain sebegini defensif. UEFA harus mencari cara untuk menggalakkan pasukan pelawat bermain menyerang dalam aksi kalah mati.”

Jika sebelum ini UEFA telah mengambil inisiatif mengubah peraturan hantaran ke belakang kepada penjaga gol untuk memastikan bola sepak lebih menarik dan tidak negatif.

Namun kini, usaha mereka dianggap langkah ke belakang. PSG menjadi satu satunya pasukan yang benar benar berminat untuk menyerang. Mereka menang tipis 1-0 hasil gol lewat masa kecederaan Kylian Mbappe.

Di mana Lionel Messi turut gagal menyempurnakan penaltinya.

Ancelotti: Mana ada kita main koservatif

Mendengar kritikan tersebut, Ancelotti menafikan bahawa pasukannya datang untuk bermain bertahan. Selepas tamat perlawanan, Ancelotti berkata kepada media:

“Kami sangat bagus di pertahanan. Namun kami tidak terlalu agresif. Kami gagal mengekalkan penguasaan bola lebih lama dan banyak hilang bola kerana hantaran lemah.”

“Pemain tengah bertiga kita biasanya tidak melakukan kesilapan banyak dalam hantaran bola berbanding hari ini.”

“Kami tak dapat keluar dari tekanan di tempat kami sendiri. Kami gagal mengeluarkan diri dengan kemas untuk menghantar kepada Asensio atau Vinícius atau Benzema. Ini bukannya rumit. Dengan bola di kaki, kami gagal melakukan apa yang kami rancang.”

“Biasanya kami tiada masalah itu kerana kami ada ramai pemain berkualiti. Hari ini, segalanya serba tak menjadi.”

Ditanya sama ada dia terlalu konservatif dalam taktikal kali ini, Ancelotti membalas: “Kalau kami bermain konservatif, Courtois akan sentiasa melambungkan bola. Namun kami cuba bermain dengan binaan dari bawah. Ianya tidak menjadi, kerana kami menderita teruk kerapa pressing daripada pasukan lawan.”

“Kami bermain dengan sistem low block [lebih ke bawah] dan sepatutnya menjadi lebih agresif ketika menyerang. Saya setuju [kami bermain agak ke bawah] namun itu bukan pendekatan konservatif. Kami cuba bermain dengan bola seperti biasa kami lakukan. Tetapi hari ini, semuanya tak menjadi pula.”

Ancelotti kemudian berikrar pasukannya akan bermain lebih baik pada aksi timbal balik di Bernabeu.

“Kami harus beraksi lebih baik di aksi kedua, bermain di stadium sendiri. Kita tak perlu risau tentang peraturan away gol, itu agak membantu kita. Jelas sekali PSG ada kelebihan sedikit namun saya berharap itu tak cukup untuk mereka.

Ditanya adakah beliau mengambil risiko menurunkan pemain yang separuh cergas iaitu Karim Benzema yang dilihat tidak banyak terlibat dalam permainan.

Ancelotti berkata: “Ianya tiada kaitan dengan isu fizikal dia, dia tiada masalah dengan fizikalnya. Apabila saya menukarnya, perlawanan berbaki 5 minit lagi. Masalah utama dia, dia tak mendapat servis bola seperti yang dia mahukan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.