Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula.

Edwards sebelum ini menjadi tulang belakang kejayaan Liverpool era Klopp di belakang tadbir.

Di mana dia membantu melicinkan usaha membawa nama nama besar seperti Alisson, Fabinho, Mo Salah, Andy Robertson, Virgil Van Dijk, Naby Keita, Shaqiri, Tsimikas, Thiago Alcantara dan ramai lagi nama besar.

Namun Edwards mengejutkan ramai apabila dia melepaskan jawatan di Liverpool. Membuatkan Liverpool melalui fasa sukar dalam rundingan pemain.

Kini dia sedia untuk kembali setelah beberapa rundingan awal sebelum ini gagal disepakati.

Michael Edwards sebelum ini dikehendaki beberapa kelab besar termasuk dari Liga Inggeris. Namun dia memutuskan untuk berehat seketika.

Edwards akan menjadi watak penting Liverpool dalam pembinaan era baharu pasca Klopp selepas ini.

Dengan Liverpool berharap kesepakatan akan rasmi ditandatangani kedua dua pihak untuk membolehkan Edwards berada dalam pasukan yang mencari pengurus baharu kelab.

Selain Edwards, nama Richard Hughes juga dijangka akan menyertai Liverpool untuk membantu Michael Edwards.

Klopp sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia tidak suka diganggu oleh orang lain dalam isu jual beli pemain. Namun dia sangat selesa dengan Michael Edwards yang menjadi orang tengah antara dia dengan pengurusan tertinggi.

Edwards membantu Klopp dalam menjual Coutinho dan membelanjakan wang itu untuk membentuk skuad juara Eropah dan juara England.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.