Michael Jackson Sokong Ben Mee Jadi Pengurus Interim, Kapten & Pemain Utama Selepas Sean Dyche Dipecat

Legenda sedang bermain Burnley, Ben Mee mengejutkan ramai apabila dilaporkan menerima tawaran untuk menjadi interim jawatan pengurus selepas pemecatan Sean Dyche.

Burnley secara rasmi memecat Sean Dyche daripada kerusi pengurus. Ini membuatkan Dyche menamatkan khidmat baktinya selama 10 tahun dengan The Clarets.

The Clarets mengumumkan pemecatan Sean Dyche melalui laman web rasmi kelab. Dyche dipecat selepas Burnley masih bergelut di ambang penyingkiran.

Burnley kini menduduki tempat ke-18 Liga Perdana dengan 24 mata. Mereka berada lapan mata di belakang Everton di atas zon selamat dengan baki lapan perlawanan.

Jurulatih pasukan B-23 Burnley, Mike Jackson, dibantu oleh Pengarah Akademi Paul Jenkins, jurulatih penjaga gol B-23 Connor King dan Ben Mee yang cedera akan mengetuai kejurulatihan Burnley buat sementara waktu dalam perlawanan terdekat. Mereka akan menentang West Ham United hujung minggu ini.

Keputusan ini membuatkan Dyche menamatkan perkhidmatannya bersama Burnley sejak 2012. Sebelum ini beliau menjadi pengurus paling lama di EPL dari kalangan pengurus EPL musim ini. Dengan 10 musim bersama dengan Burnley di EPL.

Dia membantu mengetuai pasukan yang berpangkalan di Turf Moor dua kali memenangi promosi ke Liga Perdana pada musim 2014/2015 dan 2016/2017.

Dyche juga mampu membawa Burnley bertahan dalam Liga Perdana Inggeris dalam tempoh lima musim lalu. Tetapi musim ini, situasi sukar yang dialami Burnley membuatkan Dyche ditendang keluar.

Burnley dalam kenyataan rasminya berkata: “Pertama, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada Sean dan kakitangannya atas pencapaian mereka di Kelab ini sepanjang dekad yang lalu.”

“Sepanjang tempoh beliau di Turf Moor, Sean telah menjadi contoh teladan di dalam dan di luar padang, dihormati oleh pemain, kakitangan, penyokong dan peminat sama-sama. dan komuniti bola sepak yang lebih luas,” kata pengerusi Burnley Alan Pace di laman web rasmi kelab.

“Bagaimanapun, keputusan musim ini mengecewakan dan, walaupun ini adalah keputusan yang sangat sukar, dengan baki lapan perlawanan penting, kami merasakan perubahan diperlukan untuk memberi skuad peluang terbaik untuk kekal dalam Liga Perdana.”

Dyche adalah pengurus ke-10 dalam Liga Perdana musim ini yang dipecat. Dia mengikut jejak langkah Xisco Munoz (Watford), Steve Bruce (Newcastle United), Nuno Espirito Santo (Wolverhampton), Daniel Farke (Norwich City), Dean Smith (Aston Villa), Ole Gunnar Solskjaer (Manchester United), Rafael Benitez (Everton), Claudio Ranieri (Watford) dan Marcelo Bielsa (Leeds United).

Tidak lama selepas itu muncul pula berita Ben Mee dilantik menjadi pengurus interim dan beliau bersetuju. Ben Mee masih bergelar pemain.

Ramai yang membayangkan kalau Ben Mee memasukkan atau mengeluarkan dirinya sendiri dalam aksi berdepan West Ham. Namun sebenarnya itu tak terjadi dalam masa terdekat kerana dia masih cedera.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Michael Jackson iaitu pengurus B-23 Burnley yang menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan sementara Burnley.

Michael Jackson turut memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ben Mee.

Buat masa ini, Burnley tidak menunjukkan bahawa mereka sedang aktif berunding dengan mana mana pengurus baharu. Ini bermakna Ben Mee berpeluang menjadi pengurus untuk tempoh lebih lama.

Jadi, Ben Mee boleh bercakap dengan kaptennya tentang taktikal di atas padang ketika dia cergas nanti.

Dan Ben Mee boleh menggantikan Ben Mee apabila dia merasakan Ben Mee tidak cukup bagus. Atau memasukkan Ben Mee untuk memperkuatkan pertahanan apabila Ben Mee di bangku simpanan.

Sebenarnya ramai pemain yang menjadi pengurus-pemain / player-manager. Dulu ada Gianluca Vialli ketika bersama Chelsea.

Musim sebelum ini ada Wayne Rooney namun di Liga Kejuaraan bersama dengan Derby County.

Beberapa dekad lalu ada nama Bryan Robson yang diperkenalkan dengan pakaian separuh pemain dan separuh pengurus oleh Middlesbrough.

Jadi, semoga Ben Mee berjaya melakukan keajaiban bersama dengan The Clarets dalam usaha mereka mahu terus kekal di EPL sekali lagi.

Baca yang lain