Michael Jordan: 9,000 Kali Gagal Dalam Balingan Dan Kalah Lebih 300 Kali, Itulah Sebab Saya Berjaya

Atlet profesional adalah manusia luar biasa. Sudah semestinya mereka tidak seperti kamu, tidak seperti saya. Mereka besar seperti ‘Yao’. ‘Yao’ dalam definisi Cina bermaksud bersinar terang, mulia dan cemerlang.

Dia kuat seperti Shaquelle O’Neil.
Dia pantas seperti Payton.
Kemahiranya seperti Tiger.
Refleksnya seperti Jeted.

Bakat tulen. Seperti satu trak yang dipenuhi bakat. Itulah Michael Jordan.

Sudah semestinya dia tidak berputus asa. Mendapat penghinaan yang tak dapat dilupakan. Nama digugurkan dari pasukan.

Michael Jordan menjangkakan dia cukup dengan semua bakat. Dia melakukannya, tetapi digugurkan.

Jordan mengingati peristiwa itu dengan baik. Selepas pemilihan pemain untuk pasukan Universiti, senarai pemain dikeluarkan.

Jordan, pelajar gred 10, pergi bersama sahabatnya untuk melihat keputusan pemilihan tersebut. Sahabatnya terpilih. Jordan tidak.

Kecewa sepanjang hari, dia berlari pulang ke rumah, masuk ke bilik dan menangis dengan tidak terkawal.

Apabila ibunya pulang ke rumah dari tempat kerja, dia berkongsi kisah itu. Mereka berdua menangis bersama.

Bagi orang biasa, impian untuk menjadi pemain bola keranjang boleh berakhir disitu.

Dia bermain untuk pasukan Universiti junior, tetapi tidak dilihat bakat yang ada pada dirinya, tidak dihargai dan lebih kepada penghinaan.

Jordan (23) ketika bersama pasukan Universiti North Carolina diawal kariernya.

Pada hujung musim dia bertanya kepada jurulatihnya adakah dia boleh pergi untuk menyaksikan perlawanan antara daerah melibatkan pasukan Universitinya.

Jurulatihnya menjawab tidak. Tetapi Jordan tetap pergi.

Apabila dia sampai di sana, jurulatih memanggilnya untuk membawa pakaian pemain. Keluarga Jordan juga pergi ke kejohanan tersebut.

Apabila mereka melihat Jordan bersama pakaian pemain, mereka fikir anaknya akan dipanggil untuk bermain, akan diberi peluang untuk bermain-tetapi tidak.

Ia satu rasa penghinaan yang menjadikan Jordan bangkit menjadi lebih baik.

Pemerhati melihat dia seorang yang amat hebat, berbakat semulajadi, tetapi hakikatnya, Jordan bekerja keras sepanjang masa yang dia ada untuk itu.

Shooting, dribbling, weights, cardio dan flexibility- namakan apa sahaja, Jordan mampu lakukan.

Dia melakukan latihan khas pada tangannya. Dia sentiasa menjadi pemain pertama tiba di stadium sebelum perlawanan dan sentiasa mahu menjadi pemain pertama yang mengambil percubaan.

Semua itu kerana dia pernah digugurkan. Dia belajar bagaimana rasa kekecewaan dan belajar bagaimana mengelak perasaan itu berulang.

Melihat dari semua sudut, Jordan berkata dia pernah gagal menyempurnakan 9,000 percubaan sepanjang kariernya. Tewas lebih kurang 300 perlawanan.

Lebih kurang 26 kali Jordan diberi tanggungjawab untuk mengambil balingan percuma, yang membolehkan pasukan menang. Tetapi Jordan gagal.

Selepas itu dia digugurkan dari pasukan. Proses kegagalan itu berlaku, berlaku dan berlaku berulang kali.

Jordan berkata, itulah sebab kenapa saya berjaya.

Jordan meraih 5 kali sebagai pemain NBA paling bernilai (MVP). Ada yang berpendapat dia sepatutnya menang lebih dari itu.

Pencapaian Michael Jordan sepanjang karier

Pada musim 2018, kemenangan MVP Karl Malone dilihat tidak adil. Jordan lebih berhak tetapi pemain ini dilihat sudah menang MVP banyak kali.

Jordan juga sangat dikenali sebagai Air Jordan kerana ketinggian lompatan dan mampu berada di udara dalam tempoh yang yang lama.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang