Michael Jordan Adalah GOAT Walaupun Messi Ada 8 Ballon D’Or

Lionel Messi mengiktiraf Michael Jordan sebagai GOAT sebenar dalam dunia sukan. Messi tidak mahu mengambil title tersebut daripada Michael Jordan – legenda NBA dari Amerika Syarikat ini.

Messi memiliki 8 Ballon d’Or di dalam kariernya sebagai bola sepak. Dianggap salah seorang calon GOAT dalam sukan selain nama lain seperti Michael Phelps, Michael Jordan, Muhammad Ali dan beberapa nama lain lagi.

Namun begitu Messi menegaskan apa yang dia capai tidak akan membuatkan dirinya GOAT berbanding Jordan.

Messi sangat kagum dengan Michael Jordan terutama sekali selepas dia menonton dokumentari The Last Dance yang ditayangkan ketika musim kuarantin.

Dalam sesi podcast terbaru dengan Clank! Messi menganggap Michael Jordan adalah GOAT sebenar. Dia sangat kagum dengan kehebatan Jordan dalam arena NBA. Pemain yang bukan sahaja berbakat namun memiliki aura yang tiada tandingannya.

Messi malah berimpian untuk bertemu sendiri dengan Jordan dan mengambil gambar dengan legenda itu.

Messi berkata: “Pada pendapat saya, dari sudut kesukanan, dia adalah terhebat sepanjang zaman (GOAT). Selepas menonton siri dokumentarinya, membuatkan saya lebih kenal dia. Kamu tahu kan? Dokumentari The Last Dance, ianya benar benar membuatkan otak kamu pecah. Ia adalah karya agung. Sangat mengagumkan.

“Itu juga membuatkan saya lebih tahu dan lebih memahami siapakah dia sebenar. Sayang sekali saya tak dapat hidup pada era kegemilangannya dulu, kerana saya pasti akan sukakannya.

“Saya nak bertemu dengannya dan mengambil gambar dengan Michael Jordan.”

Michael Jordan memenangi 6 kejuaraan NBA dengan Chicago Bulls, kerapkali dianggap GOAT dalam sukan. Perdebatan siapa GOAT NBA pun masih panas. Namun Messi sudah memutuskan bahawa Michael Jordan tiada tandingannya.