Michael Masi Dituduh Ubah Peraturan Sesuka Hatinya Sehingga Lewis Hamilton Terlepas Kejuaraan

Pengarah Formula 1 iaity Michael Masi kini berdepan dengan tekanan dan diminta meletakkan jawatan. Ini selepas dia dikatakan hanya tutup mata melihat kontroversi melibatkan Mex Verstappen dengan Lewis Hamilton.

Ramai tidak berpuas hati dengan Michael Massi yang dituduh mengubah peraturan sendiri pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi.

Lewis Hamilton dianggap telah dirompak hak kejuaraannya. Ini selepas perlumbaan terpaksa ditangguhkan seketika dengan kereta keselamatan masuk ke dalam litar.

Verstappen kemudian mengambil kesempatan menukar tayar baharu, sementara Lewis Hamilton masih kekal dengan tayar lamanya.

Ketika kereta keselamatan meninggalkan litar dan perlumbaan disambung, Max Verstappen telah memenangi perlumbaan terakhir yang menjadi penentu kejuaraan.

Dalam perlumbaan tersebut, Lewis Hamilton mendominasi sebahagian besar perlumbaan yang berlangsung di Abu Dhabi.

Mercedes secara rasmi melancarkan protes selepas keputusan di Formula 1 (F1) GP Abu Dhabi yang telah membuatkan pemandu Red Bull Max Verstappen muncul sebagai juara dunia.

Menurut laporan Crash, bantahan itu dilakukan Mercedes kerana insiden yang dianggap kontroversi dan membawa kepada kegagalan Hamilton mempertahankan gelaran dunianya.

Ini berkaitan perubahan keputusan yang dibuat Pengarah Perlumbaan FIA, Michael Masi hanya beberapa pusingan sebelum perlumbaan berakhir di Litar Yas Marina.

Masi membuat keputusan yang dipersoalkan oleh Mercedes selepas kemasukan kereta keselamatan akibat kemalangan Nicholas Latifi.

Pada asalnya, mereka tidak membenarkan pemandu lain memotong kereta keselamatan tersebut. Namun keputusan itu telah diubah oleh Masi. Akibatnya, lima kereta yang memisahkan Hamilton, yang ketika merupakan ketua perlumbaan dan Verstappen, memintas kereta keselamatan itu.

Keputusan ini membuatkan Verstappen betul-betul di belakang Hamilton memasuki satu pusingan berbaki di GP F1 Abu Dhabi. Verstappen telah pun memasuki hentian pit dan memakai tayar lembut, manakala Hamilton masih menggunakan tayar lama.

Menggunakan tayar lembut, Verstappen kemudiannya mampu melepasi Hamilton di selekoh kelima pusingan terakhir. Tindakan ini membolehkan Verstappen, yang terus berada di belakang Hamilton untuk kebanyakan perlumbaan, mengambil alih pendahuluan dan menamatkan perlumbaan di hadapan.

Kontroversi ini membuatkan Mercedes menimbulkan dua bantahan. Yang pertama ialah mengenai permulaan semula dan keputusan F1 GP Abu Dhabi yang dimenangi oleh Verstappen.

Bantahan yang difailkan oleh Mercedes adalah berdasarkan dua peraturan dalam peraturan F1. Artikel 48.8 menyatakan “tiada pemandu boleh memotong mana-mana kereta lain di trek, termasuk kereta keselamatan, sehingga dia melintasi garisan buat kali pertama selepas kereta keselamatan itu kembali ke pit.”

Ketika melihat keadaan itu pasukan Mercedes segera menghubungi Masi dan berkata: “Michael, ini tak betul dah ni,” kata team Mercedes menerusi talian radio. Namun Masi menjawab: “Ini perlumbaan kereta, jadi kita pergi berlumba keretalah.”

Verstappen mengesahkan gelaran dunia F1 pertamanya selepas mengumpul 395.5 mata. Dia berada 8 mata di hadapan Hamilton yang gagal mempertahankan kejuaraan.

Masi kini menjadi individu paling kontroversi dan dikatakan mencabuli peraturan F1.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di