Sejak kejuaraan (kategori pemandu) diperkenalkan pada sekitar 1950, terdapat 33 pemandu yang telah meraih gelaran tersebut.
15 darinya menang lebih dari 1 kali.
Daripada 15 pemandu itu, Juan Manuel Fangio antara yang paling produktif apabila meraih 5 kali kejuaraan.
Rekodnya bertahan selama 5 dekad sebelum diranapkan oleh pemandu paling berjaya dalam sejarah sukan ini.
Michael Schumacher.
Pemandu ini hampir memegang semua rekod dengan jurang yang besar.
Walaupun kejayaan pertamanya mengundang sedikit pertikaian -kerana penguasaan secara total Ferrari pada era kemuncaknya, namun dia tetap dilabelkan pemandu paling berjaya.
Malahan dia menyertai Ferrari ketika pasukan itu sangat lemah. Tidak memenangi apa-apa dalam tempoh yang lama.
MICHAEL SCHUMACHER
Seorang pemandu luar biasa.
Dilahirkan pada 3 Januari 1969 di Cologne enam tahun sebelum lahirnya Ralf Schumacher (adiknya) yang juga merupakan seorang pemandu Formula 0ne.
Ayahnya merupakan seorang tukang batu dan juga pelumba Go-Kart tempatan.
Schumacher cuba memandu Go-Kart dan melanggar tiang lampu, namun anak kecil ini cepat mengusai kenderaan itu.
Dia menang kejuaraan Go-Kart pertama pada usia 6 tahun.
Usaha ibu bapanya mencari dan mendapatkan penaja dari orang kaya disana membantu mempercepatkan proses kemajuan Schumacher dalam sukan itu.
Pada tahun 1987, Schumacher muncul juara Go-Kart Jerman dan Eropah.
Dia meninggalkan alam persekolahan dan menjadi mekanik, kerja yang membawanya menjadi seorang pelumba sepenuh masa.
Pada 1990 Schumacher memenangi kejohanan F3 Jerman. Tahun berikutnya dia membuat penampilan pertama di Formula One sebagai pemandu jentera Team 7Up Jordan yang menggunakan enjin Ford.
Tidak sampai semusim Schumacher bersama pasukan itu, dia telah menarik minat pasukan Camel Bennetton Ford atau lebih dikenali sebagai Benetton.
SCHUMACHER DAN BENETTON
Selepas pusingan ke-11, Schumacher telah sah menjadi pemandu jentera ini. Dia muncul pada 6 perlumbaan terakhir dan meraih 4 mata.
Schumacher mencatat kemenangan pertama di litar Spa-Francorchamps, Grand Prix Belgium pada musim 1992.
Dia menamatkan saingan di tempat ke-3 secara keseluruhan, 3 mata dibelakang Riccardo Patrese yang memandu jentera Williams Renault.
Williams mendominasi musim 1992 melalui Patrese dan Nigel Mansell. Mereka menang 9 kali dari 16 Grand Prix dan meraih pole position sebanyak 14 kali.
Jika buang 2 pemandu ini maka Schumacher adalah yang terbaik dari baki senarai pelumba.
Selepas 4 musim penuh bersama Benetton Shumacher menang 18 perlumbaan dan menjadi juara dunia 2 kali. Kejuaraan pertamanya pada 1994 sedikit dicemari dengan insiden kontroversi.
Persaingan muskm itu agak sengit, penentuan kejuaraan hanya dipisahkan dengan 1 mata ketika berbaki 1 pusingan.
Perlumbaan terakhir di Australia, Schumacher turun dengan kelebihan 1 mata berbanding pencabarnya, Damon Hill.
Schumacher dituduh melanggar Hill dengan sengaja sehingga kedua-dua pemandu itu terkeluar dari perlumbaan.
Akibat dari insiden itu, Schumacher mengekalkan kelebihan 1 mata dan dia dinobatkan sebagai juara 1994.
Pemandu Jerman ini kemudiaannya mengekalkan kejuaraan pada musim 1995 dan tiada keraguan lagi tentang kemampuannya menjadi juara dunia.
- 1991: No.14 (4 mata)
- 1992: No.3 (53 mata)
- 1993: No.4 (52 mata)
- 1994: No.1 (92 mata)
- 1995: No.1 (102 mata)
SCHUMACHER DAN FERRARI
Selepas itu Schumacher menyertai pasukan yang sudah lama kehilangan taring. Ferrari tidak pernah menang sebarang perlumbaan sejak 1979.
Schumacher mengangkat pasukan itu menang 3 perlumbaan musim 1996, 5 perlumbaan musim 1997 dan 6 perlumbaan musim 1998.
Bagaimanapun catatan kemenangan 1997 terpaksa dipadam dari rekod kerana Schumacher dituduh dengan sengaja melanggar Jacques Villeneuve di Grand Prix Jepun.
Villenueve tersingkir dari perlumbaan itu dan Schumacher menang. Hasil dari insiden itu Schumacher meraih kelebihan mata.
Schumacher mendahului carta pelumbaan sebelum turun di Grand Prix Eropah -pusingan terakhir- namun Villenueve berjaya memintas matanya apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-3.
Schumacher pula gagal menamatkan perlumbaan.
Selepas hampir menjuarai formula one pertama bersama Ferrari, hajatnya tertangguh sekali lagi apabila mengalami kecederaan patah kaki pada musim 1999.
Schumacher terlepas 6 perlumbaan untuk memberi ruang kepada proses pemulihan kakinya.
Kekecewaan itu berjaya ditebus pada tahun 2000 apabila muncul juara buat kali ke-3 secara peribadi dan pertama untuk Ferrari.
Penantian selama 21 tahun Ferrari ditamatkan oleh Schumacher.
Selepas itu Schumacher dan Ferrari menang 4 kejuaraan lagi secara berturut-turut dari tahun 2001 hingga 2004.
Schumacher memintas rekod Juan Manuel Fangio yang menang 5 kali kejuaraan kategori pemandu. Schumacher merekod 7 kejuaraan iaitu 2 kali bersama Benetton dan 5 kali bersama Ferrari.
- 1996: No.3 (59 mata)
- 1997: No.2 (78 mata) *ditarik balik
- 1998: No.2 (86 mata)
- 1999: No.5 (44 mata)
- 2000: No.1 (108 mata)
- 2001: No.1 (123 mata)
- 2002: No.1 (144 mata)
- 2003: No.1 (93 mata)
- 2004: No.1 (148 mata)
- 2005: No.3 (62 mata)
- 2006: No.2 (121 mata)
- 2007: Bersara
Dia juga menjadi pemandu paling banyak menang dalam tempoh semusim. 13 kemenangan dari 18 perlumbaan musim 2004.
KEPERIBADIAN SCHUMACHER
Seperti semua pemandu hebat, Schumacher mempunyai cita-cita besar, keyakinan, motivasi, dedikasi dan tekad luar biasa.
Apa yang membezakannya dengan yang lain adalah, dia mencipta kejayaan yang belum pernah dilakukan oleh pemandu lain sebelumnya.
Dia mempunyai semangat tulen untuk terus berlumba dan berusaha untuk terus meningkat tanpa ada kesudahan.
Schumacher dianugerah bakat semulajadi dan diasah ke tahap tertinggi. Dia mempunyai minda perlumbaan dan kemampuan mental yang hebat dalam membuat keputusan pantas.
Tidak ada pemandu Ferrari yang bekerja keras untuk pasukan ini sebelum Schumacher.
Schumacher mengangkat reputasi Ferrari melalui 6 kejuaraan kategori jentera.
Dia juga menjadi contoh dalam pasukan apabila sering mengunjungi kilang mereka di Maranello dan sentiasa berinteraksi dengan pegawai.
Schumacher selalu mengucapkan terima kasih, memberi semangat, tidak pernah mengkritik dan memberi inspirasi kepada semua orang.
KEHIDUPAN PERIBADI DAN KARIER
Schumacher memisahkan kehidupan peribadi dan kariernya.
Isterinya, Corinna dan anak-anak mereka jarang datang menonton ketika dia berlumba. Schumacher juga dikenali sebagai lelaki pemalu.
Terdapat laporan Schumacher menjana pendapatan $100 juta setahun dan dia kerap membantu badan amal terutamanya kepada anak-anak yang terpinggir.
Ketika Asia mengalami bencana Tsunami pada tahun 2004, dia menyumbang sebanyak $10 juta secara peribadi.
HUJUNG KARIER
Selepas menduduki tempat ke-2 pada musim 2006, dia sudah berusia namun masih berada di puncak kekuatan.
Dia masih mampu menang 7 perlumbaan menjadikan jumlah keseluruhan 91 perlumbaan yang dimenanginya.
Angka itu lebih 40 kali dari catatan yang dilakukan oleh Alain Prost.
Tidak ada pelumba yang begitu lama bertahan dengan kemenangan sehingga sampai satu masa semua orang bosan melihatnya.
Sehingga memaksanya untuk bersara dari sukan ini. Namun persaraannya hanya sementara.
Selepas 3 tahun, dia keluar dari persaraan dan menyertai Mercedes yang diusahakan oleh Ross Brawn.
Ramai pemerhati melihat keputusan itu boleh merosakkan reputasi yang dibinanya sebelum itu. Usia Schumacher menghampiri angka 40.
Kesudahannya Schumacher hanya menang 1 perlumbaan dalam tempoh 3 tahun. Pesaingnya berusia sekurang-kurangnya 1 dekad lebih muda darinya.
Bagaimanapun Schumacher gembira dengan keputusan itu.
“Saya menikmatinya.”
“Ia tidak berjaya seperti sebelumnya tetapi saya masih banyak belajar”
Kata-kata itu mungkin ada benarnya kerana Schumacher sebelum itu sentiasa menang. Dia jarang untuk merasa erti kalah.
“Saya memahami bahawa kalah boleh membuatkan keadaan lebih sukar dan lebih memberi pengajaran daripada menang.”
“Sekarang adalah masa saya untuk pergi.”
Sehingga hari ini rekod kejuaraan pemandu Formula One masih dipegang oleh Schumacher. Lewis Hamilton hanya kurang 1 kejuaraan menyamai pencapaiannya.
Pemandu Britain itu masih lagi aktif dan kini berusia 35 tahun. Dia memerlukan 2 musim cemerlang bagi memotong rekod yang dilakukan Schumacher.
Apa yang lebih membuatkan Schumacher istimewa adalah Ferrari bukanlah pasukan istimewa sebelum kehadirannya.
Malahan pasukan ini turut tenggelam selepas dia bersara.
REKOD KEJUARAAN
- 7 Kali: Micheal Schumacher
- 6 kali: Lewis Hamilton
- 5 kali: Juan Manuel Fangio
- 4 kali: Alain Prost, Sebastian Vettel