Ketika Mohamed Salah menamatkan musim pertamanya bersama Liverpool dengan rekod jaringan 32 gol dari 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), ramai yang menyangka beliau akan menjadi one season wonder. Bahasa mudahnya menyinar pada musim pertama dan merudum pada musim berikutnya.
ON THIS DAY: In 2018, Mohamed Salah set the record for most goals scored in a single 38-game Premier League season with 32 goals.
The Egyptian King. 👑 pic.twitter.com/4rcZTC1fUi
— Squawka Football (@Squawka) May 13, 2020
Namun beliau menafikannya dengan memenangi kasut emas kedua berturut-turut, berkongsi kedudukan bersama Aubameyang dan Sadio Mane dengan 22 jaringan. Kira two season wonder ke tuan-tuan?
Ingin mengetahui one season wonder sebenar? Mari saya perkenalkan Miguel Pérez Cuesta.
Malah istilah ‘menjadi Michu’ itu sendiri digunakan peminat bola sepak merujuk kepada menjadi One season wonder.
Bakal ‘menjadi Michu’ pula bermaksud bakal menyerlah semusim sahaja.
Permulaan Karier
Michu memulakan karier bola sepak bersama kelab tempat kelahirannya, Real Oviedo pada tahun 2003. Sempat menjaring 13 gol sepanjang 4 tahun di dalam skuad utama.
Berhijrah ke Celta Vigo di divisyen dua pada tahun 2007 namun hanya beraksi di skuad simpanan. Hanya pada pertengahan musim baru dapat memecah masuk ke skuad utama.
Dalam 101 perlawanan mewakili Celta, 14 gol berjaya dicetak oleh beliau.
Bermain di Liga Utama
Rayo Vallecano yang baru dipromosi ke La Liga datang memanggil pada selepas kontraknya bersama Celta tamat pada musim panas 2011.
Kali pertama beliau bermain di liga divisyen utama eropah selepas beberapa tahun bergelumang di liga bawahan.
Impak besar yang diberikan oleh beliau dalam musim pertamanya. Menjaringkan 15 gol dalam 37 perlawanan termasuk brace menentang pasukan gergasi, Real Madrid. Beliau juga merupakan highest scoring midfielder pada musim tersebut.
Berhijrah ke Swansea
Micheal Laudrup yang menggantikan Brendan Rodgers pada awal musim 2012 pantas menjadikan Michu target perpindahan utama sejurus mengambil alih tampuk kejurulatihan. £2 juta telah dilaburkan oleh The Swans untuk menyunting Michu dari Vallecano.
premierleague: Nice to Michu…
The Spaniard made an instant impact in his SwansOfficial debut #PLMoments pic.twitter.com/wW5yKTtIZr
— Lava Sports League (@LavaFan808) October 25, 2016
Tidak mengambil masa yang lama untuk menunjukkan potensi beliau, hanya 8 minit yang diperlukan oleh Michu untuk menjaringkan gol pertamanya dalam kancah EPL. Gol kedua hadir 8 minit sebelum tamat masa pertama dengan placing shot cantik dari luar kotak penalti.
Pertukaran Posisi
Michu yang sebelum itu bermain di posisi attacking midfielder diletakkan sebagai penyerang oleh Laudrup. Menjadi igauan pertahanan lawan kerana sering berada di tempat yang tepat untuk menjaringkan gol. Kelab gergasi turut tidak terlepas menjadi mangsa beliau.
Michu sealing @SwansOfficial's first win at the Emirates in style 👌#GoalOfTheDay pic.twitter.com/9k3GjlmhUh
— Premier League (@premierleague) February 21, 2018
Menjaringkan gol ketika menentang Manchester United, home dan away. Menjajah London dengan jaringan menentang Chelsea, Tottenham Hotspurs dan juga Arsenal.
Bantu Swansea Menang Trofi Pertama
Skuad bimbingan Laudrup menamatkan musim pertama mereka di tangga ke-9 sambil sempat mendakap Piala Capital One. Membenam Bradford 5-0, dimana Michu menjaringkan satu gol.
ON THIS DAY: In 2013, Swansea won their first major trophy by thumping Bradford 5-0 in the Capital One Cup final.
They had beaten Liverpool and Chelsea en route to the final. pic.twitter.com/XB9WzslOTJ
— Squawka Football (@Squawka) February 24, 2020
Piala tersebut merupakan kejohanan besar pertama yang dimenangi oleh kelab yang berpangkalan di Wales itu. Swansea juga turut mencatat sejarah tersendiri apabila pertama kali layak bersaing di kejohanan eropah.
Gaya Ikonik Meraikan Jaringan
Gaya meraikan jaringannya, menggoyangkan tanganya di sebelah telinga menjadi ikonik ketika itu.
🎂 HAPPY BIRTHDAY MICHU! 🥳
🎁 3⃣4⃣ today! 🎈
📺 Celebrate by watching all 2⃣8⃣ of his goals for the #Swans 🙌
👉 https://t.co/vJzPVmcWFK pic.twitter.com/yVxk9wgPD1
— Swansea City AFC (@SwansOfficial) March 21, 2020
Mana taknya, beliau menjaringkan 22 gol dalam 43 penampilan. Paling kurang berbelas kali juga dia meraikan jaringan dengan gaya sebegitu.
Kecederaan Serius
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Musim kedua bersama Swansea tidak seperti yang diharapkan. Kecederaan berulang menjejaskan prestasi Michu. Hanya menjaringkan 6 gol dalam musim keduanya.
Namun sempat mendapat cap pertama dan terakhir bersama Sepanyol ketika menentang Belarus pada Oktober 2013.
Napoli cuba memberi talian hayat kepada Michu dengan pinjaman beserta klausa perpindahan tetap. Michu merancang, tuhan menentukan. Luka lama berdarah kembali.
Kecederaan buku lali semakin teruk dan mengehadkan penampilan beliau. Hanya sempat bermain sebanyak 6 kali sebelum dihantar pulang ke kelab asalnya.
Menggantung But
Setelah menamatkan kontrak secara persetujuan bersama Swansea pada 2015, Michu kembali ke Sepanyol bersama UP Langreo.
Beliau akhirnya menamatkan karier bersama kelab pertama, Real Ovideo sebelum bersara pada umur 31 tahun. Kini memegang jawatan sebagai pengarah teknikal di Real Oviedo.
Rumusan
Pada masa kini, setiap kali ungkapan ‘one season wonder‘ disebut, penulis pasti nama Michu adalah salah satu yang pertama yang terlintas di fikiran kalian.