Miguel Perez Cuesta, yang lebih dikenali sebagai Michu merupakan salah seorang pemain luar biasa ketika musim hebatnya di Swansea.
Dia dianggap one season wonder teragung dalam sejarah EPL moden.
Daripada pemain yang tidak dikenali, dia menjadi pemain sasaran Arsenal di bawah Arsene Wenger dan mendapat panggilan kebangsaan ke dalam pasukan Sepanyol yang sarat bintang.
Bintang Sepanyol itu juga menjadi idola kepada Erling Haaland. Di mana penyerang berbisa City itu selalu menggelarkan dirinya Michu di hadapan kawan kawannya ketika bermain bola petang petang dan meraikan gol gaya Michu.
Erling Haaland's childhood idol was former Swansea City forward Michu.
He's now doing his iconic celebration.
Things you love to see. pic.twitter.com/08WQB3ICD0
— SPORTbible (@sportbible) September 7, 2020
Musim terbaik dengan gaya Swansea
Michu dengan bergayanya menjaringkan 22 gol untuk Swansea pada 2012/13 dan membantu kelab itu menamatkan musim di tangga kesembilan. Mereka memenangi Piala Capital One ketika dikendalikan Michael Laudrup.
Michu berkata: “Saya rasa kemenangan pertama di tempat yang jauh dari kampung halaman, adalah sangat sukar. Namun itu bukan perlawanan pertama saya,” katanya merujuk kepada aksi pertamanya di dalam kancah bola sepak Inggeris.
“Saya menjaringkan 2 gol dan 1 assist, ianya impian untuk saya. Perlawanan kedua, kami menang 3-0 di West Ham. Jadi dua perlawanan pertama saya adalah luar biasa.”
“Saya masih merasai rasa sayang daripada media, Twitter. Saya sangat gembira berada di sana. Tahun pertama saya di Swansea adalah luar biasa, kami menang Capital One di Wembley. Rasanya itulah musim terbaik dalam karier saya.”
“Saya tak begitu tahu banyak tentang Swansea, namun pada hari pertama tiba di sana, saya terus jatuh cinta dengan bandar mereka, negara mereka dan sudah tentu dengan penyokongnya. Tahun pertama yang hebat sekali.”
“Kami memiliki pasukan yang sangat baik dengan adanya With Wayne Routledge, yang sangat laju di bahagian sayap. Memenangi piala dan menamatkan musim di tangan kesembilan bersama Michael Laudrup dengan gaya bola sepak Swansea.”
Pada ketika itu, Arsene Wenger sendiri menggelarkan Swansea sebagai mini tiki taka, ataupun mini Barcelona. Merujuk kepada gaya permainan mereka yang berasaskan hantaran rendah.
Michu menyambung ceritanya: “Swansea sudah bermain dengan cara ini bertahun tahun lamanya. Leon Britton pemain yang hebat. Dan kami turut ada Jonjo Shelvey pada musim berikutnya. Ashley Williams, Nathan Dyer, Wayne Routledge serta Jonathan De Guzman – mereka pernah bermain di Liga Sepanyol.”
“Mereka mengubah sedikit gaya permainan di Liga Kejuaraan namun mereka di Premier League seringkali memberitahu kami bahawa mereka suka dengan gaya permainan kami.”
“Rasa bagus sekali dapat menjaringkan 22 gol pada musim itu. Bagi saya itulah kenangan terindah. Memenangi final menentang Brentford merupakan sejarah untuk kelab. Saya manusia bertuah kerana dapa menikmati perkara seperti ini dalam hidup saya.”
Michu kemudian menjaringkan 18 gol pada musim debutnya. Hanya Robin van Persie, Luis Suarez, Gareth Bale dan Christian Benteke sahaja lebih banyak gol daripadanya.
Sebelum itu, rekod gol semusim terbaiknya adalah 17 gol ketika bersama Rayo Vallecano.
Dia mencetak gol ke atas Manchester United, Chelsea, Liverpool dan Arsenal – yang ketika itu digelar big four.
Paling diingati dia menjaringkan 2 gol ketika kemenangan luar biasa Swansea ke atas Arsenal di Emirates.
Michu turut mencetak 3 gol dalam perjalanan Swansea untuk meraih piala liga. Dia turut menjaringkan gol dalam aksi final menentang giantkillers, Bradford City pada final piala liga. Di mana mereka menang 5-0.
Selepas final itu, Michu memberitahu kepada wartawan secara terbuka, dia sudah memberitahu Michael Laudrup bahawa dia akan terus kekal. Menutup spekulasinya yang dikaitkan dengan Arsenal dan beberapa kelab lain.
“Saya rasa bola sepak Inggeris lebih sukar berbanding Sepanyol. Di Sepanyol lebih kepada teknik. Di EPL, mereka sangat lasak.”
“Pada pandangan saya, EPL adalah liga paling sukar di dunia. Saya dari Sepanyol, dari utara, Oviedo. Jadi tiada masalah untuk saya menyesuaikan diri dengan cuaca di Swansea kerana tempat saya pun selalu hujan.”
Michu berasa bangga apabila mendapat tahu bahawa dia adalah idola kepada Erling Haaland.
“Saya tak tahu jika saya adalah idolanya, namun dia adalah idola saya. Dia ibarat haiwan pemangsa, jika diam tak cedera, dia akan menjaringkan 500 gol. Dia memecahkan segala rekod. Bagi saya, dia adalah seorang idola.”
Hello @ErlingHaaland 👋 your friend @Michuoviedo wants to send you a gift 😏🎁
Hola @ErlingHaaland 👋 tu amigo @Michuoviedo quiere enviarte un regalo 😏🎁#AúpaBurgos ⚪️⚫️ pic.twitter.com/gbF9KnbIJE
— Burgos Club de Fútbol (@Burgos_CF) February 24, 2020
“Dia penyerang terbaik di dunia dan akan bertahan di situ untuk beberapa tahun akan datang. Bermain dengan pasukan dan pemain pemain pemain yang bagus. Dia terbaik di mata saya.”
Michu masih bangga
Ditanya, adakah dia tersinggung dengan terma One Season Wonder yang diberikan kepadanya.
Michu membalas: “Tidak, saya masih bangga mendapat gelaran itu.”
“Saya tahu saya cuma ada 1 musim luar biasa, namun musim itu sangat gila. 22 gol. Bagi saya itu adalah detik terbaik karier saya, 100%. Saya teringin untuk mengulanginya lagi jika boleh.”
Musim kedua di EPL, Michu berdepan masalah kecederaan buku lali. Ianya berlaku selepas dia menolak tawaran daripada Arsenal pada musim tersebut.
Dia menjaringkan hanya 4 gol dalam 7 perlawanan pertama dalam semua pertandingan bersama Swansea. Bermain hanya 17 kali dalam liga dan menjaringkan hanya 2 gol.
Dia akhirnya dipinjamkan ke Napoli pada musim 2014/15. Di sana dia menjadi pemain yang terpinggir. Malah penyokong Napoli sendiri ramai yang lupa dengan Michu pernah bermain untuk mereka.
Michu cuma bermain 3 perlawanan sahaja dalam Serie A.
Terpaksa bersara
Dia kemudian kembali ke Sepanyol bermain untuk kelab yang disokongnya semasa di bangku sekolah iaitu Langreo.
Namun terpaksa bersara pada usia 31 tahun kerana kecederaan buku lali yang berterusan. Dia menjalani 5 pembedahan kerana kecederaan tersebut.
Michu berkata dia sentiasa bangun dengan kesakitan di buku lali kanannya pada setiap pagi.
“Selepas saya bersara, saya tidak dapat tidur nyenyak. Saya mengalami kesakitan setiap hari. Saya ada anak berusia 5 tahun, dan saya mahu bermain bola di belakang rumah kami pada petang petang. Itupun saya terasa sangat sakit.”
“Saya mengalami kesakitan ini untuk bertahun tahun lamnya. Saya cuma mahu merasai kehidupan normal setiap hari dalam hidup saya.”
“Namun, setiap kali saya bangu pagi, kaki saya sakit di buku lali. Tapi kaki kiri saya masih memiliki first touch yang bagus,” kata Michu sambil berseloroh.
“Saya mulai mengalami masalah itu pada musim kedua di Swansea. Ketika kami bermain di Europa League. Saya menjalani pembedahan pertama saya. Ianya membantu namun tidak banyaklah.”
#OnThisDay in 2012 @SwansOfficial brought Michu to south Wales 👋
Michu brought goals ⚽️🔥 pic.twitter.com/w7D1L18Oi1
— Premier League (@premierleague) July 20, 2020