Microsoft Jepun: Produktiviti Meningkat 40% Dengan Bekerja 4 Hari

Microsoft Jepun telah membuat satu ujikaji produktiviti dengan mengarahkan para pekerjanya bekerja 4 hari sahaja dalam masa seminggu.

Dan kesan ajaibnya menampakkan banyak perkara positif. Para pekerja pastinya akan lebih ceria dan gembira. Itu semua orang tahulah. Sebab kerja 4 hari je kot.

Namun yang menarik dari sudut produktiviti, ianya meningkat sebanyak 40%. Satu kesan yang sangat singifikan dan mendadak.

The Guardian melaporkan, projek itu diberikan nama Work-Life Choice Challenge Summer 2019. Ianya melibatkan kesemua 2,300 orang pekerja di Microsoft Jepun.

Kebiasaannya, meereka bekerja Isnin sampai Jumaat. Dalam kajian kali ini mereka bekerja 4 hari seminggu dengan kadar gaji yang sama.

Semua bersemangat dan menunjukkan mereka lebih gembira di tempat kerja. Ini yang membuatkan produktiviti meningkat 40% daripada sebelumnya.

Hasil dapatan kajian itu dibentangkan pada akhir projek.

Selain daripada program kerja kurang sehari seminggu, para pekerja juga diberikan subsidi percutian keluarga sebanyak $920, sekitar RM3,770.00 kepada 100,000 orang yang berkeluarga.

Presiden merangkap CEO Microsoft Jepun iaitu, Takuya Hirano berkata: “Saya mahu para pekerja untuk menikmati dan mencapai hasil yang sama dengan bekerja kurang 20%.”

Selain itu para pekerja juga mengurangkan cuti kepada 25%. Kadar penggunaan elektrik berkurangan 23% dengan kurangnya 1 hari bekerja.

Para pekerja juga mengurangkan aktiviti mencetak kertas sebanyak 59%

Daripada survei yang dibuat pada akhir kajian, terdapat 92% pekerja lebih suka bekerja hanya 4 hari.

Ya Tuhan! 8% ni dah kenapa? Pasang skandal kat tempat kerja ke apa? Ke nak pau internet syarikat nak tengok Netflix.

Kajian sama pernah dilakukan di New Zealand sebelum ni dan mendapati ia membantun mengurangkan stress di tempat kerja kepada 8%.

Sumber: The Guardian

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil