Microsoft Menamatkan Sokongan Kepada Window 7

Korang masih pakai Window 7? Window yang dianggap legend juga ni.

Ianya dianggap versi Window yang paling berjaya. Kau mungkin tak rasa peritnya pakai Window Vista. Window 7 ni penyelamat dan memberikan pengalaman Window yang terbaik sekali lagi.

Namun sebenarnya, ada berita buruk buat pengguna Window 7.

Hal ini kerana Microsoft sudah mengesahkan bahawa mereka menamatkan sokongan kepada produk tersebut bermula Selasa lalu.

Ini  bermakna Microsoft tak akan menyediakan patch sokongan ataupun bantuan teknikal untuk OS Window 7.

Dalam bahasa lainnya, korang kena berhenti memakai Window 7. Sebab korang tak akan mendapat sokongan yang sebaiknya.

Satu nota edaran diberikan kepada pengguna, berbunyi:

“Microsoft sangat menyarankan anda beralih ke Window 10 sebelum Januari 2020, untuk mengelakkan situasi di mana sokongan dan servis kepada Window anda tidak lagi tersedia.”

Window 7 dilancarkan pada Oktober 2009. Memberikan pengalaman Window lebih baik dan juga lebih stabil berbanding dengan Window Vista.

Microsoft juga menyatakan: “Jika korang semua masih juga menggunakan Window 7, selepas sokongan ke atasnya dihentikan, PC korang masih boleh berfungsi seperti biasa.”

“Namun ianya akan terdedah kepada ancaman keselamatan dan virus.”

“PC korang masih boleh beroperasi, namun korang tak akan menerima sebarang kemaskini perisian termasuk kemaskini sekuriti daripada Microsoft.”

Baca yang lain