Mido: FA Mesir Terlalu Takut Beritahu Salah Sebenarnya Salah

Mido mengecam FA Mesir kerana tidak berdiam diri terhadap Mohamed Salah, setelah penyerang Liverpool itu positif untuk c0v19 berikutan tindakannya menghadiri perkahwinan abangnya.

Liverpool menerima satu lagi perkhabaran buruk apabila Mohamed Salah dilaporkan positif virus c0v 19.

Jurgen Klopp sebelum ini telah kehilangan Josep Gomez yang mengalami kecederaan di kem England dalam minggu antarabangsa.

Menerusi twitter Kevin Palmer, Salah dilaporkan akan dikuarantin di negaranya sehingga tempoh tersebut tamat. Sebelum pemain ini diuji positif, dia dilihat menghadiri acara perkahwinan abangnya disana dan berjoget tanpa mengikut SOP penjarakan sosial yang ditetapkan oleh pakar perubatan seluruh dunia.

Video ini tidak terlalu menjadi perhatian pada 3 hari lepas tetapi selepas dia disahkan positif covid 19 ia menjadi satu topik yang mungkin menjadi penyebab jangkitan itu.

Perkembangan terbaru itu bakal menyaksikan pemain Mesir itu bakal dikuarantin minima 10 hari dari terlibat dalam sebarang perlawanan. Salah berkemungkinan bakal terlepas 1 perlawanan pada 23 November ini ketika pasukannya bertemu Leicester City dan kembali dalam perlawanan Liga Juara menentang Atalanta 3 hari kemudiannya.

Salah menjadi nadi penting skuad Klopp apabila sudah menyumbang 10 gol secara keseluruhan dan 8 gol itu berlaku di Liga Perdana. 5 gol dijaringkan dalam 5 perlawanan terakhir ketika bertemu Aston Villa, Everton, West Ham United dan Manchester City. Salah juga menyumbang gol ketika bertemu Midtjylland dan Atalanta.

Mido kecewa FA Mesir takut tegur kesalahan Salah

Mesir bermain menentang Togo dua kali semasa rehat antarabangsa, tetapi Salah tidak dapat menyertai skuad untuk kedua-dua perlawanan.

Penyerang Liverpool itu disahkan positif c0v 19 pada hari Jumaat yang lalu. Dan sebelum itu telah tersebar video Salah menari menari  di majlis perkahwinan abangnya itu tanpa pejarakan sosial dan tidak memakai topeng muka.

Pada hari Rabu telah disahkan bahawa bekas pemain Roma telah gagal dalam ujian kedua, dan sekarang hampir pasti akan disisihkan daripada perlawanan Liverpool menentang Leicester City pada hujung minggu.

Walaupun FA Mesir telah mengumumkan berita ujian positif, mereka tidak memberikan banyak komen lain tentang kesalahan dilakukan Salah.

Mantan penyerang Tottenham Hotspur, Mido kesal dengan tindakan FA Mesir yang menurutnya sama sekali tidak tegas ke atas Salah.

“Apakah ada yang menyangka Salah tidak menghadiri majlis perkahwinan saudaranya dengan 800 hingga 900 orang?”

“Pada waktu korona? Bukankah itu salah?” kata bekas penyerang Mesir itu di TV Al-Nahar, melalui Vi.

“Dia datang ke Mesir untuk pasukan kebangsaan dan bukannya untuk menghadiri majlis perkahwinan abangnya.”

“Orang-orang di sana menyukai Salah, kamu juga melihat ini semasa perkahwinan. Ratusan orang mengambil gambar sambil memberikannya ciuman dan sekarang Salah telah positif untuk virus.”

“Tidak ada seorang pun dari persatuan [FA Mesir] yang mengatakan kepadanya bahawa Salah adalah salah.”

“Ketakutan untuk memberitahu bahawa Salah melakukan kesalahan terlalu besar. Sekiranya kamu membiarkan sahaja [Salah terlepas hukuman], maka ianya adalah satu jenaka.”

“Jika ini berterusan, maka kapal kita akan tenggelam. Bersama kamu semua yang ada di dalam kapal, kita semua dibawa tenggelam sekali.”

Ketiadaan Salah menambah pening di kepala Jurgen Klopp. Dengan krisis kecederaan yang ada, ditambah lagi dengan kecederaan terbaru termasuk Joe Gomez, Jordan Henderson, Trent Alexander-Arnold, Andrew Robertson dan kemungkinan besar ketiadaan Salah dalam aksi seterusnya.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di