Pelumba Red Bull KTM Tech 3 Team, Miguel Oliveira, muncul sebagai pemenang siri kelima MotoGP 2020 MotoGP Styria.
Dalam perlumbaan yang diadakan di Red Bull Ring Circuit, pelumba dari Portugal itu muncul sebagai yang terpantas setelah memanfaatkan hanya sedikit kesalahan yang dilakukan oleh Jack Miller (Pramac Ducati) dan Pol Espargaro (KTM Red Bull) di selekoh terakhir.
Oleh kerana kedua-duanya melebar kerana pertarungan sengit di sudut terakhir, Miguel Oliveira yang berada di tempat ketiga mengambil kesempatan masuk ke dalam dan memintas dan memenangi perlumbaan itu.
OH MY GOODNESS! WHAT A WIN! 😱
Miguel Oliveira steals the win with a LAST CORNER DOUBLE OVERTAKE against Jack Miller and Pol Espargaro!!#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/nZO65WzXw8
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) August 23, 2020
Kemenangan yang dicipta oleh Miguel Oliveira sangat bersejarah. Selain menang dalam perlumbaan ke-900 di kelas perdana, Miguel Oliveira juga disenaraikan sebagai pelumba pertama dari Portugal yang menang di kelas MotoGP.
Ini juga kemenangan dan podium pertama oleh Miguel Oliveira dalam kelas premium.
WOWWWWWWWW
MIGUEL OLIVEIRA WINS THE #AUSTRIANGP FOR TECH3 KTM 😱😱😱 pic.twitter.com/KkkwHv7QN8
— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) August 23, 2020
Namun, tidak ramai orang yang tahu mengenai Miguel Oliveira.
Miguel Oliveira mengambil bahagian dalam acara Grand Prix pada tahun 2011 dan menamatkan kelas 125 cc.
Pada masa itu, Miguel Oliveira menduduki tempat ke-14 dengan mengumpul 44 mata.
Selepas itu dari 2012 hingga 2015, Miguel Oliveira cukup konsisten ketika muncul di kelas Moto3. Secara berturut-turut dia mengambil lapan kedudukan pada tahun 2012, keenam (2013), 10 (2014) dan kedua (2015).
✅ First for Portugal
✅ First for Tech3 KTM
✅ 900th MotoGP race
✅ New BMWMiguel Oliveira doesn't quite know how to take it in, but he's happy with his new motor 😂#AustrianGP pic.twitter.com/EBKa8aGTx6
— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) August 23, 2020
Kemudian pada tahun 2016, Miguel Oliveira berpeluang muncul di kelas Moto2. Namun, pelumba berusia 25 tahun itu gagal dengan teruk setelah hanya berada di kedudukan ke-21!
Walaupun begitu pada tahun 2017 dan 2018, Miguel Oliveira bangkit semula setelah menunggang motosikal KTM.
Secara berturut-turut, Miguel Oliveira menduduki tempat ketiga dan kedua dalam carta akhir Moto2. Persembahan yang kemas ini menjadikan Miguel Oliveira dinaikkan pangkat ke Red Bull KTM Tech 3 Team yang beraksi di MotoGP 2019.
Beliau ketika itu digandingkan dengan pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin.
Hasilnya, Miguel Oliveira menduduki tempat ke-17 dengan 33 mata.
Pada musim ini, setelah lima perlumbaan, dia telah mengumpulkan 43 mata, atau 10 mata lebih banyak daripada pencapaiannya musim lalu. Oleh itu, peluang Miguel Oliveira memecah tiga digit terbuka luas pada musim ini, memandangkan masih ada sembilan lagi siri perlumbaan di MotoGP 2020.
Que orgulho! 🇵🇹 Miguel Oliveira acaba de conquistar a primeira vitória portuguesa em Moto GP! 👏 Muitos parabéns, craque! #TodosPortugal pic.twitter.com/FwDlVzgnxp
— Portugal (@selecaoportugal) August 23, 2020
Doktor gigi
Di sebalik aksi sengitnya di litar, Miguel Oliveira juga merupakan doktor gigi yang bertauliah tau. Ni bukan bukan doktor fake.
Miguel Oliveira mempunyai impian untuk menjadi doktor gigi sejak dia masih kecil. Beliau tidak pernah lupa akan impiannya itu.
Miguel Oliveira akan memandang serius profesion ini apabila dia telah bersara dari dunia lumba motor yang mencabar.
Beliau mendedahkan bahawa beliau memb ahagikan masanya di antara berlumba dengan menghadiri beberapa kursus pemerkasaan skilnya dalam bidang doktor gigi.
Namun ketika ini beliau sangat sibuk dengan jadual yang sangat padat. Jadi, cuti ataupun rehat musim adalah satu satunya masa terbaik beliau berbuat demikian.
“Saya akan datang setiap minggu untuk melakukan latihan tertentu ( sebagai doktor gigi), tetapi sekarang tidak mungkin (tidak ada masa).”
“Mudah-mudahan jika semuanya berjalan lancar. Dengan cara itu, saya dapat mengakhiri karier perlumbaan saya dalam 15-20 tahun akan datang dan kemudian bekerja. sebagai doktor gigi, “kata Miguel Oliveira kepada Motosport Total.