Mike Ashley Beri Mauriss Masa Sehingga 14 Ogos Bayar Deposit, Elak Harapan Palsu Sekali Lagi

Ini bukan masa yang menyeronokkan untuk seorang peminat Newcastle United.

Setelah spekulasi hampir lima bulan, menyatakan bahawa kelab tersebut bakal memiliki pemilik paling kaya dalam bola sepak, akhirnya semuanya musnah.

Ini selepas konsortium dari Saudi menarik diri daripada rundingan walaupun wang pendahuluan sudah dibayar.

Namun begitu, taikun Sports Direct, Mike Ashley dilaporkan masih berusaha memastikan penjualan kelab itu dilakukan pada kali ini,

Sejak beberapa minggu lalu lagi Henry Mauriss, ahli perniagaan Amerika, dikatakan berminat untuk membeli kelab itu.

Malah Mauriss telah cuba memberikan saingan kepada PIF untuk bidaan bernilai sekitar £350 juta.

Bidaan itu adalah lebih tinggi daripada PIF letakkan. Namun peminat Newcastle lebih tertarik dengan PIF yang dilihat akan memberikan lebih banyak dana perpindahan selepas menjadi pemilik.

Tetapi malang sekali PIF hilang sabar dengan Premier League yang mereka tuduh sebagai kurang profesional dan terlalu berlengah di dalam menyelesaikan pemilikan itu.

Mauriss masih berminat untuk mendapatkan Newcastle. Ini mungkin talian hayat akhir buat penyokong Newcastle yang mahu melepaskan kelab mereka daripada Mike Ashley.

Mike Ashley pula tidak mahu sekali lagi rundingan gagal. Dan memberikan tempoh sehingga 14 Ogos ini untuk Mauriss menyelesaikan urusan pertukaran pemilik tersebut.

Tarikh akhir itu telah ditetapkan untuk memastikan agar Newcastle United jelas dengan hala tuju kelab selepas ini.

Mike Ashley turut meminta Mauriss membayar deposit terlebih dahulu untuk membuktikan keseriusan mereka di dalam pembelian ini.

Sebelum ini Mike Ashley sudah buta buta je dapat wang deposit selepas PIF menarik diri. Dilaporkan deposit itu bernilai sekitar £17 juta.

Mike Ashley memasukkan klausa di mana pembeli perlu membayar deposit dan ia juga berupa cagaran agar tidak ada pihak menarik diri.

Sebelum ini Mike Ashley pernah discam oleh konsortium dari Arab, jadi dia elak benda tu berlaku lagi.

Bayangkan kalau kali ini Mauriss tarik diri selepas bayar deposit. Memang senyum lebar Mike Ashley buat duit dengan deposit je.