Mike Dean telah mengumumkan bahawa dia berhenti daripada aktiviti bola sepak Inggeris selepas meletakkan jawatan sebagai Pembantu Pengadil Video.
Pengadil legenda Liga Perdana Inggeris itu sebelum ini meletakkan jawatannya sebagai pegawai VAR dan tidak akan lagi menjadi sebahagian daripada pengadil profesional Liga Inggeris pada penggal akan datang.
Pemergiannya menamatkan karier pengadilnya yang bermula sejak 1985 lagi. Di mana awalnya dia bertugas sebagai pembantu pengadil dalam Liga Bola Sepak Inggeris.
Dalam satu kenyataan, badan pengadil Liga Perdana berkata: “PGMOL ingin merakamkan pengiktirafannya terhadap pencapaian Mike serta sumbangan besarnya kepada pengadilan bola sepak dan bola sepak secara keseluruhan.”
BREAKING: PGMOL confirm Mike Dean will be leaving his role with the organisation this summer ⬇️ pic.twitter.com/tHrz4akJfu
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 15, 2023
“Kami berterima kasih kepadanya atas dedikasinya kepada organisasi dalam tempoh masa yang mampan dan mendoakan kejayaannya untuk masa akan datang.”
Menurut Telegraph, tokoh berusia 55 tahun itu mencapai persetujuan dengan Howard Webb, ketua organisasi pengadil PGMOL untuk berundur selepas musim sukar di mana dia didapati “tidak sesuai” untuk tugasan VAR.
Dean, sebelum ini berhenti sebagai pengadil di padang pada penghujung kempen 2021-2022 dan bertukar kepada jawatan pegawai VAR.
Walaupun hanya menjadi seorang daripada dua pegawai VAR sepenuh masa, Dean kali terakhir dilantik untuk mengambil alih peranan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Februari.
Namun PGMOL merasakan Mike Dean tidak cukup bagus untuk bertugas di bilik VAR di Stockley Park.
Dia bagaimanapun, bertahan lebih lama dalam peranan itu berbanding pegawai VAR sepenuh masa yang lain iaitu Lee Mason, yang diketepikan daripada tugasannya selepas kesilapan yang mahal semasa Arsenal seri dengan Brentford pada Februari lalu.
Dean mula menjadi pengadik pada tahun 1985 dan naik pangkat untuk menjadi pengadil Liga Perdana Inggeris pada tahun 2000. Sebagai pengadil tertinggi, Dean telah mengendalikan 569 perlawanan, dan pada masa itu mengeluarkan 114 kad merah.
Prestas cemerlangnya telah membuatkan dia dinaikkan pangkat ke senarai pegawai perlawanan FIFA pada 2003, manakala dia mengambil alih pusingan akhir Piala FA dan Piala Liga di Wembley masing-masing pada 2008 dan 2011.