Mike Tyson Bayar RM1 Juta Kepada Perempuan Yang Diserang Harimaunya

Mike Tyson menceritakan satu kisah luar biasa dan juga penuh cemas. Ini apabila salah seekor darupada harimau peliharaannya telah menyerang seorang perempuan.

Mike Tyson merupakan manusia yang memelihara tiga ekor harimau di rumahnya. Seorang ayah harimau, ibu harimau dan anak harimau.

Bayar RM1 juta kerana kesal perbuatan harimau peliharaan

Mike Tyson berkongsi kisah dengan rapper, Fat Joe, tentang bagaimana beliau terpaksa membayar RM1 juta kepada seorang mak cik kerana diserang harimaunya.

Ketika temu ramah secara langsung itu, Fat Joe bertanya, betulkah laporan menyatakan harimau itu terlepas daripada kandangnya dan kemudian mencederakan jirannya.

Mike Tyson dengan pantas menjawab, berita itu tak tepat.

“Tak Joe, bukan itu yang berlaku.”

“Ada seorang wanita pergi menceroboh kawasan sangkar tempat harimau saya, dan mulai bermain dengan mereka.”

“Malangnya, harimau itu tak kenal pun perempuan itu. Sebab itu berlaku kejadian yang tak diingini.”

Fat Joe kemudian bertanya; adakah wanita itu cuba untuk menyamannya kerana diserang salah seekor daripada harimaunya.

Mike Tyson menjelaskan, awalnya memang dia nak saman namun selepas itu dia menariknya balik.

Ini kerana wanita itu yang pergi melompat masuk ke dalam sangkar harimaunya.

Mike Tyson memberitahu Fat Joe: “Ya, mulanya dia nak saman. Namun selepas dia sedar dia yang pergi melompat masuk ke dalam sangkar itu dan menceroboh, maka dia tak berbuat demkian.”

Walaubagaimanapun, Mike Tyson tetap bermurah hati memberikan $250,000 ataupun lebih RM1 juta kepada wanita itu sebagai tanda minta maaf di atas kelakuan harimaunya.

“Dengar, apabila saya melihat harimau saya mencederakan tangannya — ketika itu saya ada banyak duit — saya terus memberikannya $250,00 macam tu la, tak kiralah berapa, kerana ketika itu dia benar benar marah Joe.”

Walaupun kandang harimau di rumahnya diceroboh, Mike Tyson masih mampu memberikan penceroboh itu RM1 juta. Memang lain macam Iron Mike ni bagi duit dekat orang.

Sebab ramai orang akan menembak penceroboh ataupun tidak bertanggungjawab di atas kesilapan diri sendiri yang berani berani masuk ke kandang harimau.

Even dekat zoo pun, dah diberikan amaran agar tidak masuk ke dalam kandang harimau. Perempuan tu ingat harimau tu jinak sangat agaknya.

Mike Tyson merupakan antara petinju yang berpengaruh sepanjang zaman. Beliau juga petinju terbaik pada generasinya – ketika di kemuncak prestasi.

Mike Tyson digelar Iron Mike. Petinju yang memiliki fizikal agak kecil berbanding lawannya, namun sangat berani dan hati kering di atas ring.

Beliau memiliki ramai peminat kerana gaya tinju beliau yang ofensif dan menghiburkan.

Namun pada fasa akhir kariernya dibayangi dengan insiden menggigit telinga Evander Holyfield – yang selepas itu menjadi rakan karibnya sehingga kini.

Baca yang lain