Mike Tyson Belanjakan RM160,000 Sebulan Untuk Mengganja Sahaja

Share on facebook
Share on twitter

Bekas juara dunia heavyweight Mike Tyson, pastinya membuatkan ramai pihak yang tergamam apabila mendengar kos ganja yang dia hisap setiap bulan.

Mike Tyson terbuka berkongsi dengan umum tentang kos yang beliau bayar untuk menenangkan fikiran sambil balut.

Dalam satu podcast, Iron Mike mendedahkan beliau penghisap tegar barang tersebut. Kos ganja beliau sebulan adalah sekitar $40,000 bersamaan dengan lebih RM160,000.

Ianya satu angka yang sangat tinggi untuk dibelanjakan pada ganja.

Bercakap kepada Hotboxin’, Mike Tyson berkata: “Apa yang kita hisap setiap bulan. Harganya dalam $40,000 sebulan.”

Banyak tu setan. Berapa lori entah ganja si Iron Mike ni pesan. Pengacara bersama podcast tersebut, Eben Britton mendedahkan kekadang dalam sebulan, Mike Tyson boleh merembat sekitar 9,000 kg ganja.

Mike Tyson, selalu mengajak rakan-rakannya yang terdekat untuk datang ke rumahnya dan berpesta ganja. Baik betul hati bang Mike.

Namun sebenarnya, ganja yang Iron Mike hisap ni bukan yang jenis biasa. Dan beliau memang pengguna tegar ganja. Tu yang harga dia mahal nak mampus.

Kenapa ambil ganja?

Beliau juga menyatakan pengambilan ganja yang tinggi oleh dirinya kerana dia terpaksa berbuat begitu.

Dan korang kena tahu, si Iron Mike ni tauke ganja. Jadi, tiada masalah la dia nak hisap banyak mana pun. Memang menternak.

Ganja adalah legal di banyak tempat, dan ia  boleh dijadikan ubatan, pada masa yang sama.

Mike Tyson berkata: “Saya sendiri terfikir, betapa banyaknya ganja yang saya ambil setiap bulan. Tak masuk akal.”

“Saya bertarung selama 20 tahun di gelanggang tinju. Badan saya ada banyak yang dan ‘koyak’.”

“Saya pernah menjalani 2 pembedahan dan saya menggunakan  marijuana untuk menenangkan diri saya, dan juga untuk menghilangkan rasa sakit.”

Tapi dalam podcast yang sama, Mike Tyson mendedahkan beliau berjaya mengaut keuntungan sekitar $500,000 ataupun sekitar RM2 juta, hasil penjualan produk ganja dan perniagaan resort daripada label Tyson Ranch.

Jadi, oklah tu, buat potong kos yang dia hisap sebulan yang mahal gila, kan?

Tyson masih mengusahakan ladang ganjanya, di mana dia mahu membesarkan lagi kawasan penanaman ganja.

Beliau juga menyatakan sudah banyak produk ganja yang mereka hasilkan termasuk minyak ganja, syampu ganja, brownies ganja, dan susu ganja pun ada.

Mike Tyson salah seorang petinju terbaik sepanjang zaman dan terbaik pada generasinya.

Beliau dikenali dengan gaya tinju yang agresif dan juga berani. Mike Tyson pernah terlibat insiden kontroversi menggigit telinga Evander Holyfield.

Namun kedua dua petinju legenda itu sudah berbaik baik selepas masing masing dah tua.

Beliau merupakan antara petinju yang paling berpengaruh dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Sumber: Sportsbible

 

Baca yang lain