Mike Tyson mendedahkan sebab kenapa dia tak akan bertarung dalam UFC. Dia menyatakan ada satu perkara yang dia rasa dia tak tahan di octagon adalah tabiat petarung UFC yang suka memijak kaki lawan mereka.
Mike Tyson adalah petinju legenda. Dan dianggap salah seorang pentinju terbaik dalam sejarah heavyweight.
Dia digelar ‘Baddest Man on the Planet’, namun agak kritikal tentang dirinya. Dia tak rasa dia boleh bertarung dalam UFC. Kerana dia seorang yang menganggap dirinya memiliki kaki yang teruk.
Tyson berkata kepada GQ Sports: “Saya tak tahulah, macamana nak bertarung dalam UFC. Kerana saya ada menonton acara UFC beberapa kali, dan saya melihat mereka memijak kaki orang lain.
“Saya memiliki kaki paling teruk. Dan kalau ada orang yang memijak kaki saya di atas gelanggang, tentu sahaja saya akan tap out, saya menyerah kalah sahajalah.”
Tyson bagaimanapun menganggap dia sangat meminati UFC walaupun dia seorang petinju.
Berbeza dengan segelintir peminat sukan tinju yang tidak suka dengan UFC dan suka membuat perbandingan, Tyson pula lebih terbuka dalam menerima sukan tempur yang lain.
Mike Tyson reveals why he could never have been in the UFC 👇👇https://t.co/I7HVw3mjOD
— calfkicker (@calfkickercom) January 5, 2024
Sebelum ini dia pernah membidas pihak yang mengkritik Logan Paul dan Jake Paul mengadakan aksi tinju.
Ramai mengutuk adik beradik itu sebagai perosak sukan tinju. Namun Tyson berpendapat, sukan tinju harus lebih terbuka dan menghargai usaha dua beradik itu.
Kerana menurutnya, kedua dua adik beradik itu secara tak langsung berjaya menarik semula tontonan dan minat orang ramai ke atas sukan tinju dengan pengaruh yang mereka ada.