Mike Tyson Menawarkan 10 Juta Untuk Kahwini Anaknya?

Beberapa hari lalu telah tular satu berita bahawa Mike Tyson bercadang untuk memberikan 10 juta U.S dollar untuk mana-mana lelaki yang mahu memperisterikan anak perempuannya.

Berita itu telah tersebar luas keserata pelusuk dunia melalui media sosial.

Mikey, anak perempuan sulung Mike Tyson dikatakan berusia 30 tahun.

Anak gadis beliau masih belum mempunyai kekasih dan kerana usianya sudah mencecah 30 tahun maka Mike Tyson mencari suami untuknya.

Selepas berita itu tersebar dan sampai ke pengatahuan Mike Tyson sendiri, beliau terus membuat kenyataan bahawa berita itu adalah palsu dan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Mike Tyson jelas marah dengan perbuatan tidak bermoral manusia yang menyebar khabar angin yang tidak berperikemanusiaan itu. Berita itu seolah menghina anak gadisnya sendiri.

Agensi berita itu diminta untuk memadam keratan berita itu atau Mike Tyson akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Lapor Hit News.

Berita itu telah dipadamkan, namun bagaimanapun, beberapa agensi berita lain telah menolak untuk memadam berita ini.

Mike Tyson adalah bekas petinju profesional Amerika yang bertanding dari tahun 1985 hingga 2005. Beliau adalah penyandang untuk Kejuaraan Heavyweight dunia. Kehebatan beliau sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.

Mike juga adalah pemegang rekod petinju termuda yang menjadi Juara Heavyweight dunia ketika berusia 20 tahun, empat bulan dan 22 hari.

Tyson telah berkahwin tiga kali. Beliau adalah seorang bapa kepada tujuh orang anak dari tiga wanita. Salah seorang anaknya telah meninggal dunia.

Tyson juga menganggap anak tiri perempuan dari isteri kedua beliau adalah anak kandungnya sendiri.

Tyson didiagnosis dengan gangguan bipolar dan, pada bulan Ogos 2013, beliau secara terang-terangan mengakui bahawa dirinya telah berbohong tentang ketenangannya. Hakikatnya beliau hampir mati akibat alkohol.

Pada bulan Disember 2013, semasa wawancara dengan Fox News, Tyson bercakap mengenai kemajuan Kesihatannya dan bagaimana situasi didalam sebuah syarikat yang mempunyai ramai orang baik telah membuatnya ingin menjadi seorang yang lebih baik dan lebih rendah diri.

https://twitter.com/spectatorindex/status/741818315421552641?s=19

Tyson juga bercakap mengenai agama dan mengatakan bahawa dia sangat bersyukur untuk menjadi seorang Muslim dan bahawa dia memerlukan Allah.

Siapa lah yang berani sangat cari pasal dengan petinju terhebat dunia ni. Kalau kena sedas kt muka makan tak habis lah jawabnya.