Mike Tyson serius untuk kembali semula ke ring. Dan beliau sudah melakukan sesi latihan intensif di gym peribadinya.
Terbaru Iron Mike mahu memberikan peluang kepada peminatnya untuk menjadi rakan latihan beliau.
Mike Tyson dalam rangka persiapan untuk pertarungan amal. Dan masih mencari lawannya.
Salah satu badan kebajikan yang akan menerima bantuan daripada Mike Tyson adalah Harold & Carole Pump Foundation, di mana beliau sedang membuka lelongan tiga sesi ‘Makan Tengah Hari dan Berlatih Bersama Mike Tyson di LA’.
Lelongan itu bermula $19,000 (RM82,623) dan dijangka akan meningkat sehingga sekurang kurangnya $32,000 sebelum tarikh akhir 27 Mei ini.
Deskripsi acara tersebut berbunyi: “Selamat menikmati hari paling indah bersama Mike Tyson! Anda dan rakan akan berlatih dan menikmati makan tengah hari dengan Mike Tyson di Los Angeles. Anda juga akan mendapat sarung tangan dan t-shirt tinju yang ditandatangani beliau. ”
“Seorang rakan akan dibenarkan bersama anda menghadiri perjumpaan dan ramah mesra dengan ‘Baddest Man on the Planet’ yang akan menandatangani ‘sesuatu yang kecil’ serta sesi mengambil gambar semasa acara tersebut, yang kemungkinan akan berlangsung pada tahun 2021.”
Bekas juara dunia itu telah menggembirakan peminat dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan menyiarkan rakaman latihan luar biasa beliau di media sosial, menunjukkan bahawa beliau tidak kehilangan kekuatan dan kepantasannya.
Malah ada yang mengenang kembali kehebatan beliau ketika di peringkat kemuncak.
Ramai yang membuat spekulasi tentang siapa yang bakal menjadi lawannya.
Namun baru baru ini, petinju berusia 48 tahun, Shannon Briggs menyatakan bahawa pihaknya hampir pasti mendapat kesepakatan untuk pertarungan dengan Mike Tyson.
“Wang itu ada, wang itu hampir ada. Namun saya tidak boleh mengatakan dengan lebih daripada itu, saya akan biarkan sampai di sini sahaja,” kata Briggs kepada Sirius XM.
“Ini adalah untuk amal, ini adalah pertarungan pertunjukan, dan saya mahu orang faham.”
“Kita semua tahu itu adalah aksi pertunjukan dan kemudian kita akan melihat apa yang masih tersisa di dalam ‘tangki’ kita ni.”
“Ini adalah untuk amal, dan ia sepatutnya akan menjadi acara yang menyeronokkan, tetapi pada masa yang sama inilah Mike Tyson yang kita sedang bicarakan sekarang ini.”
“Dia secara semula jadi menumbuk dengan kuat, jadi dia mungkin menumbu saya sekuatnya dan dia mungkin patahkan tulang rusuk saya.”
“Kita harus bersiap sedia sepenuhnya.”
Adakah korang teruja melihat Mike Tyson melangkah kembali ke gelanggang?