Mike Tyson vs Jake Paul Julai Ini

Pertarungan petunjukkan antara Mike Tyson menentang YouTuber, Jake Paul akan dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2024.

Pertarungan itu akan disiarkan secara langsung di Netflix.

Beberapa tahun lalu Mike Tyson pernah bersuara menyokong adik beradik Paul yang aktif mengadakan aksi tinju dengan petinju pro dan bekas petinju.

Ketika itu ramai mengecam kedua dua adik beradik itu sebagai perosak kepada sukan tinju yang dianggap semakin hilang prestij.

Tyson membidas pihak tersebut dengan menyatakan bahawa usaha adik beradik itu harus dipuji kerana menarik minat generasi muda untuk menyaksikan sukan tinju sekali lagi.

Ini selepas semakin ramai golongan muda yang hilang minat ke atas sukan itu.

Tyson menyatakan dia tiada masalah dengan perkara itu sebab ia masih digelar perlawanan pertunjukan. Lagipun ia mampu memberikan wang kepada ramai pihak terlibat.

“Kita perlukan orang seperti ini untuk menarik minat orang ramai ke atas sukan tinju. Kita jangan terlalu bersikap tertutup,” tegas Tyson yang meminta golongan otai mengikut sahaja arus perubahan dalam dunia sukan dan penyiaran.

Kini Mike Tyson sendiri akan bertemu dengan Jake Paul di atas ring.

Mike Tyson dianggap salah seorang petinju terbaik dalam sejarah memiliki rekod profesional 50-6. Dia turut memiliki rekod 40 KO.

Mike Tyson juga berbesar hati berkongsi ring dengan Jake Paul yang menurutnya telah banyak meningkat naik dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini.

Tyson berkata: “Saya benar benar sudah tak sabar untuk masuk ke gelanggang bersama Jake Paul. Dia meningkat naik dengan signifikan sekali dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ia akan menjadi satu keseronokan sebenar melihat sejauh mana kesungguhan dan cita yang budak ini berdepan dengan petinju berpengalaman dan ciri ciri seorang GOAT.

“Ini adalah momen kitaran penuh yang akan menjadi detik mengujakan untuk disaksikan. Dan saya yang meletakkan namanya untuk aksi undercard (aksi sampingan) ketika pertarungan dengan Roy Jones sebelum ini. Dan sekarang saya nak habiskan dia (Jake Paul).

Paul ketika itu beraksi dalam pertarungan undercard  dan menewaskan Nate Robinson. Aksi Jake Paul ketika itu mengejutkan ramai pihak dan ramai yang memujinya.

Jake Paul berkata: “Macam tak percaya apabila apabila pertarungan pro kedua saya menjadi viral kerana menewaskan Nate Diaz dalam aksi undercard Tyson vs Jones.

https://x.com/MikeTyson/status/1765742308929200141?s=20

“Sekarang, kurang 4 tahun kemudian saya akan melangkah masuk untuk berhadapan sendiri dengan Mike Tyson untuk merasai sendiri apakah yang kamu perlu lakukan untuk berdepan salah seorang petinju paling ampuh dan ikon paling besar dalam sejarah.”

Di ruangan komen akaun media sosial Mike Tyson ramai yang berharap pertarungan ini tidak ada skrip dan menasihati Tyson jangan menjual legasinya kerana wang.

Selain itu ada juga yang menganggap Jake Paul benar benar ada telor sebab berani menentang Mike Tyson.

“Ok,Jake Paul benar benar ada telor, kalau saya, takkan berani nak lawan Mike Tyson yang berusia 95 tahun dan duduk di kerusi roda sekalipun,” tegas seorang peminat.