Mikel Arteta tidak sependapat dengan Guardiola berkaitan dengan peraturan masa kecederaan yang baharu.
Di mana Premier League akan menggunakan sistem tambahan masa seperti Piala Dunia 2022 untuk mengurangkan pemain melengahkan perlawanan.
Seterusnya langkah ini adlaah untuk memaksimumkan aksi bola sepak. Pada Piala Dunia 2022 yang lalu, banyak perlawanan yang dilanjutkan sekitar 10 minit dalam aksi tersebut.
Pengadil masih berhak melanjutkan lagi masa kecederaan jika ada berlaku perkara yang dirasakan telah membazirkan masa permainan.
Pep Guardiola tidak berpuas hati dengan sistem tersebut dan berkata: “Saya bukan mempersoalkan kerana kami sedang mendahului 1 gol. Tetapi saya tidak tahu dari mana perlawanan itu boleh diberikan masa kecederaan sehingga 8 minit.”
Leandro Trossard menjaringkan gol pada minit ke-101. Ataupun selepas 11 minit masa kecederaan yang awalnya diberikan hanya 8 minit. Berlaku insiden perlanggaran melibatkan Kyle Walker dan Thomas Partey.
Arsenal menang dalam penentuan penalti selepas itu.
Mikel Arteta has visited Wembley twelve times combined as a player and manager for The Arsenal. He’s been victorious all twelve times 🔴⚪️ pic.twitter.com/PxMizK2cb5
— Gunners (@Gunnersc0m) August 6, 2023
Selepas tamat perlawanan Guardiola mempertikaikan masa kecederaan yang terlampau lama diberikan oleh pengadil.
Guardiola berkata: “Pengurus dan pemain tidak diberitahu dengan sebaiknya tentang peraturan ini.”
“Mereka akan menambah masa untuk setiap gol yang kamu jaringkan. Bayangkan untuk perlawanan dengan gol 4-3, pagi esok pukul 9 pagi pun saya masih di sini bermain.”
“Sekarang ini perlawanan bukan lagi 90 minit tetapi 100 minit.”
Mikel Arteta pula ternyata berpuas hati dan memuji sistem baharu itu menyifatkan ia akan membantu memerangi masalah pemain melengah lengahkan permainan.
Arteta berkata: “Ia sangat bagus untuk dilaksanakan. Ianya akan menjadi agak banyak [masa ditambah] dan sekarang ini pasukan pasukan yang bermain akan berfikir dua kali untuk melengahkan perlawanan.”
“Di pihak kami, kami harus bersedia untuk bermain 100 minit permainan. Ini akan berlaku untuk setiap minggu.”
Mikel Arteta turut menjadi mangsa pertama satu lagi sistem baharu di mana pengurus akan diberikan kad untuk kesalahan kelakukan terlalu agresif kepada pegawai perlawanan.
Mikel Arteta berkata: “Saya tak boleh ubah kelakuan saya hanya dalam masa 3 hari. Saya tak kata yang kita akan bermain tanpa ofsaid langsung dan apa yang sedang dilakukan penjaga garisan. Saya akan cuba terbaik untuk mengubah diri saya.”