Mikel Arteta kini berada di bawah tekanan setelah Arsenal gagal meraih kemenangan dalam tiga aksi EPL terakhir mereka. Penampilan yang mengecewakan ini membuat harapan mereka untuk meraih gelar semakin tipis, terutama setelah seri melawan Nottingham Forest dan kekalahan dari West Ham.
Walaupun semua faham bahawa aksi menentang Man United adalah aksi berbeza kerana ianya melibatkan perseteruan klasik antara kedua dua kelab, namun Arsenal wajib menang perlawanan ini untuk terus mengejar Liverpool yang sebelum sepak mula di Old Trafford memiliki kelebihan 16 mata di atas mereka.
Arteta yang sebelum ini menyatakan: ‘Langkah mayat saya dahulu’, ketika ditanya sama ada Arsenal sudah boleh melepaskan kejuaraan kepada Liverpool. Arteta menegaskan bahawa Arsenal masih berpeluang menamatkan musim ini sebagai juara Liga Perdana Inggeris.
Selepas keputusan seri dengan Nottingham Forest, dia menegaskan bahawa idea dan pendirian mereka tetap sama iaitu, Arsenal masih boleh bergelar juara.
Kini mereka terus sukar untuk mengejar The Reds selepas seri 1-1 di Old Trafford dalam aksi yang mereka kuasai namun mengharapkan penyelamatan kelas dunia David Raya untuk mengelak daripada kekalahan.
Ketika wartawan bertanya tentang peluang Arsenal dalam persaingan kejuaraan selepas aksi di Old Trafford, Mikel Arteta memutuskan untuk berlalu sahaja dan tidak berminat dengan soalan tersebut.
Wartawan pada awalnya bertanya sama ada Arteta rasa kesal gagal membeli sebarang penyerang pada Januari. Arteta menjelaskan: “Tidak.”
Dan seterusnya wartawan berkata: “Satu lagi Mikel, kini jurang mata dengan Liverpool adalam 15 mata, adakah kamu rasa ianya terlalu besar.”
Mikel Arteta berkata: “Terima kasih,” terus berlalu tak berminat menjawabnya.
Mikel Arteta’s head is HOT. pic.twitter.com/QCD7bZUtX1
— Tactically Matt (@TacticallyMatt) March 9, 2025
Di kerusi pundit, Roy Keane percaya Arsenal tidak boleh menjuarai EPL dengan rekod 10 catatan seri yang dianggap terlalu banyak dalam semusim.
“Kamu tak boleh menang EPL dengan catatan 10 seri seperti itu. Mereka telah menetapkan standard yangg tinggi dalam beberapa tahun terakhir, tapi langkah selanjutnya selalu yang paling sukar,” tambahnya.
Roy Keane memberikan penilaian tajam mengenai situasi Arsenal di studio Sky Sports. “Kekecewaan selama beberapa tahun terakhir apabila mereka tidak berjaya meraih gelaran pasti ada dalam diri mereka.”
Arteta kelihatan jelas kecewa selepas perlawanan dan di tengah tekanan yang memuncak, dia cuba menjelaskan situasi pasukannya. “Dia mahu pasukannya menunjukkan mentaliti yang baik,” tambah Keane.
Sudah tentu, Arsenal masih mempunyai peluang untuk mengubah keadaan dengan beberapa perlawanan berbaki. Namun, dengan keputusan yang mengecewakan secara konsisten, ramai yang meragui sama ada mereka akan dapat bangkit sebelum akhir musim.