Pemain tengah legenda Nigeria, John Obi Mikel klaim bahawa rakan senegaranya, Victor Osimhen akan menyertai Chelsea pada jendela perpindahan musim panas akan datang.
Osimhen dikaitkan dengan banyak kelab besar terutama sekali kelab EPL termasuk Cheslea, Arsenal dan Man United. Namun Obi Mikel memberikan jaminan kepada peminat Chelsea bahawa pemain itu akan ke Chelsea.
Dengan syarat Chelsea benar benar serius mahukan pemain itu. Obi Mikel akan melakukan usaha sendirinya untuk membantu perpindahan itu berlaku. Kerana dia menegaskan bahawa dia akan menjadi ejen broker kepada perpindahan itu.
Bercakap dalam satu podcast, Mikel memberitahu Osimhen: “Musim depan, saya tahu kamu akan datang ke Chelsea bro. Saya beritahu kamu satu rahsia – saya akan menjadi ejen yang menjadi orang tengah rundingan itu.”
Menurut Mikel, Chelsea kehilangan pemain penyerang seperti Didier Drogba sejak pemain antarabangsa Ivory Coast itu meninggalkan mereka. Dan kini Victor Osimhen persis kepada gaya permainan Drogba termasuk karakter pemain itu.
“Saya akan memastikan rundingan itu direalisasikan. Kami di Chelsea mengeluh untuk mencari pemain seperti kami. Sejak Drogba meninggalkan kelab kami lagi.”
🇳🇬 John Obi Mikel during interview with Osimhen: “Next season, I know you're gonna come to Chelsea man!”.
“I'm telling you, I'm gonna be the agent to broker that deal”.
“I'm gonna make sure that happens. We are crying out for someone like you — since Drogba left the club”. pic.twitter.com/rlqKpRBDTG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 13, 2023
Dalam temubual yang sama Osimhen mengesahkan bahawa laporan kelab Arab Saudi menawarkannya gaji sangat lumaya adalah tepat. Sebelum ini laporan media menyebut Al Hilal menawarkan Osimhen gaji £1 juta seminggu dengan sedia membayar harga £120 juta kepada Napoli.
Namun Osimhen kekal setia dengan Napoli. Selain Al Hilal PSG turut berminat mendapatkan Osimhen namun Napoli meminta sekurang kurangnya £150 juta.
Masa depan Osimhen di Napoli menjadi perbualan hangat beberapa minggu lalu selepas petugas media sosial Napoli mengejeknya kerana tak masuk penalti kemudian satu lagi video melabel rambutnya macam tempurung kelapa yang dianggap berbaur rasis.
Mauricio Pochettino sebelum ini memang mahu membawa penyerang baharu ke kelab itu. Namun prestasi luar biasa Nicolas Jackson dalam beberapa perlawanan ini, serta kepulangan semula Nkunku ke padang bola sepak mungkin akan membuatkan Chelsea tidak akan mendapatkan pemain pada Januari.
Tetapi musim panas akan datang ceritanya pasti lain kan.