Mikel Oyarzabal: Sepanyol Boleh Kalahkan Semua Pasukan

Penyerang Sepanyol, Mikel Oyarzabal menjaringkan penalti penting ketika pasukannya menewaskan Switzerland pada perlawanan peringkat suku akhir lepas.

Sepanyol akhirnya menang melalui penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 selepas 120 minit permainan.

Sebelum itu, Sepanyol menampilkan ketajaman luar biasa apabila menjaringkan 10 gol ketika menewaskan Slovakia dan Croatia.

Pemain berusia 24 tahun itu tampil pada sidang media perlawanan Sepanyol lawan Itali dan berkata pasukannya hanya perlu percaya dengan idea bola sepaknya sendiri.

“Jika kami bermain seperti kami, kami boleh kalahkan semua pasukan. Kami perlu percaya dengan idea bola sepak kami.”

“Itali mempunyai ramai pemain hebat dan ini akan menjadi perlawanan sukar. Mereka telah menunjukkan tahap mereka dan kami juga lakukan perkara yang sama. Ia bakal menjadi momen hebat.”

Oyarzabal memberi impak kepada pasukan Sepanyaol terutamanya ketika menjaringkan gol pada masa tambahan menentang Croatia.

Pada perlawanan tersebut Sepanyol dikejutkan oleh Croatia yang menyamakan kedudukan pada 5 minit terakhir selepas ketinggalan 1-3.

Alvaro Morata dan Oyarzabal memberi kelegaan apabila 2 jaringan masa tambahan membawa Sepanyol mara ke suku akhir sebelum menewaskan Switzerland.

Selepas menang dalam aksi penentuan sepakan penalti, Sepanyol mula menjalani latihan itu.

“Kami mengkaji tentang penjaga dan pengambil sepakan penalti. Hari ini kami berlatih bersungguh-sungguh dengan penalti dan semestinya pasukan lawan melakukan perkara sama.”

“Ia (menang penalti) bukan satu loteri tetapi usaha yang banyak dibelakang (kejayaan) tersebut.”

Leornado Spinazzola cedera 6 bulan

Sementara itu kem Itali menerima tamparan apabila pertahanan sisi dari AS Roma mengalami kecederaan berat retak Achilles tendon.

Menurut Calciomercato.com pemain ini diterbangkan ke Finland untuk menjalani pembedahan dan perlu berehat selama 6 bulan.

Spinazzola menampilkan aksi cemerlang membantu Itali mara ke separuh akhir. Pada awal perlawanan Itali, Spinazzola pantas  muncul sebagai pemain terbaik.

Situasi tersebut memaksa AS Roma akan mencari pengganti pada kadar segera bagi menggantikan Spinazzola. Marco Alonso, Cristiano Biranghi dan Federico Dimarco berada dalam sasaran kelab.

Kecederaan Spinazzola juga meletakkan AS Roma tiada pertahanan kiri selepas Perez dan Jesus meinggalkan kelab

Pengendali baru AS Roma, Jose Mourinho pula memberi komen tentang kempen EURO dengan berkata Sepanyol tidak sekuat Itali.

“Penduduk negara ini agak dekat dengan pasukan kebangsaannya. Mereka bukan sahaja teruja tetapi juga positif dengan pasukan itu.”

“Mereka (Itali) bukan sahaja melakukan yang terbaik ketika EURO berlangsung tetapi mereka sudah melakukan yang terbaik sebelum kejohanan bermula.”

“Pertahanan sisi Itali kuat dan kini mereka kehilangan Spinazzola. Itali akan menggunakan Emerson seorang pemain yang berpengalaman.”

“Jorginho memberi stabiliti yang jitu. Barella, Verratti dan Locatelli mempunyai banyak bakat.”

“Di bahagian serangan Immobille dan Bellotti bukan penjaring gol, gol Itali datang dari posisi lain. Insigne dan Chiesa mempunyai semangat kuat.”

“Staf teknikal mereka cukup sempurna, Mancini dikelilingan oleh orang yang tahu ‘bagaimana’. Vialli antara yang berada dalam senarai tertinggi diikuti oleh Oriali dan Lombardo. Semua staf ini mencipta atmosfera baik dalam pasukan.”

Baca yang lain