‘Milan Akan Juara Serie A Percaya Kepada Zlatan!’

Zlatan Ibrahimovic menyatakan keyiakinannya bahawa Serie A musim ini akan menjadi milik AC Milan.

Zlatan Ibrahimovic telah meminta maaf atas ketiadaannya yang agak lama tetapi menyatakan kesungguhannya untuk melakukan semula tugasnya dengan baik.

Beliau juga menzahirkan kegembiraannya pada kedatangan Mario Mandzukic yang akan segera tiba ke Rossoneri.

Ibrahimovic sekali lagi menjadi bintang utama dalam kemenangan AC Milan. Kali ini Ibra menjaringkan 2 gol ke atas Cagliari.

Yang pertama datang dari titik penalti , dan yang kedua adalah penyudah dengan rembatan yang cantik.

Ibrahimovic diwawancarai oleh Sky Italia setelah tamat perlawanan, Beliau memberikan komen tentang aksinya dalam perlawanan tersebut.

“Saya harus menjaringkan satu lagi, ia memerlukan dua gol lagi untuk menang. Itu adalah perlawanan yang sukar, saya tidak bermain selama 57 hari, saya minta maaf. ”

“Ia boleh berlaku. Sekurang-kurangnya tidak mudah untuk bermain, menentang pasukan yang sukar untuk dikalahkan, ”kata beliau kepada Milan News.

Mengenai pemain pemain yang lebih muda di dalam pasukannya, penyerang berusia 39 tahun itu berkata: “Orang muda itu semua yang memotivasi saya, mereka mencabar diri saya untuk melihat siapa yang berlari lebih banyak, saya tidak menyerah dan menunjukkan bahawa saya boleh berlari seperti mereka.”

“Kami bermain dengan baik, kami sudah beraksi hampir separuh musim. Sekarang perlawanan yang paling sukar bermula. Ini akan menjadi jadual yang sangat sukar, tetapi dengan Mandzukic, Meité, saya tidak tahu apakah lebih ramai yang akan tiba. Lebih ramai pemain tersedia untuk jurulatih pilih, mereka dapat membantu. ”

Tentang Mandzukic, Ibra gembira kerana selepas ini ada dua pemain digeruni lawan dalam pasukan Milan: “Saya gembira, jadi kami mempunyai dua yang menakutkan lawan kami.”

Ditanya sama ada AC Milan mampu menjulang Scudetto: “Saya percaya pada diri saya, kamu harus percaya kepada Zlatan.”

Mengenai potensi pembaharuan kontrak, Zlatan berkat: “Itu bergantung kepada Paolo. Saya sangat gembira di Milan. Kepulangansemula ke Milan kali ini telah banyak mengubah saya, saya sangat gembira. “

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di