Milan Bimbang Karier Zlatan Bersama Mereka Mungkin Berakhir Kerana Kecederaan

Musim Ibrahimovic di AC Milan mungkin sudah berakhir. Ini selepas beliau mengalami kecederaan ketika latihan pada Isnin.

Beliau dilaporkan mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian bawah pergelangan kakinya.

Dan laporan di Itali menyatakan kecederaan itu memberikan kesan kepada archilles tendon beliau.

Kecederaan yang sama yang menimpa beliau beberapa bulan lalu yang membuatkannya berehat.

Ibrahimovic merupakan pemain yang penting bagi AC Milan musim ini. Lebih lebih lagi pasukan tersebut sudah melepaskan Piatek ke Jerman sebaik sahaja mendapatkan beliau.

Dengan kecederaan yang dialaminya kini ia bakal memberikan impak yang besar kepada AC Milan dalam kempen liga mereka.

Ibrahimovic menjaringkan 3 gol daripada lapan penampilan dalam liga bersama dengan Rossoneri.

Adakah kecederaan ini akan menjadi pengakhiran kepada musim Ibrahimovic di Serie A dan juga AC Milan?

Beliau masih tidak melanjutkan kontrak dengan AC Milan walaupun pasukan tersebut berminat untuk melanjutkannya.

Ibrahimovic memiliki opsyen untuk lanjutan kontrak selepas tamat musim ini.

Namun beliau sebelum ini menyatakan mungkin tidak akan meneruskan kariernya di AC Milan selepas tamat musim ini.

Beliau juga dikatakan mungkin akan kembali semula ke Sweden dan menamatkan kariernya di sana.

Baca yang lain