Milan Tarik Diri Dapatkan Aubameyang Selepas Dia Minta Gaji 2 Kali Ganda Gaji Ibrahimovic

Pasukan AC Milan sebelum ini bersedia untuk mempertimbangkan idea untuk membawa kembali Pierre-Emerick Aubameyang ke kelab itu. Namun dikatakan hasrat itu terus berkubur semula kerana permintaan gaji Aubameyang yang sangat besar.

Board AC Milan sudah memberikan lampu hijau kepada Stefano Pioli untuk berunding dengan pemain antarabangsa Gabon itu.

The Mirror  melaporkan bahawa Milan berminat untuk menandatangani Aubameyang kembali lebih 10 tahun  — selepas dia kali terakhir di kelab itu selepas menyertai akademi remaja. Auba sempat dinaikkan ke pasukan utama, namun tak pernah membuat penampilan langsung untuk mereka.

Daripada penggempur berbisa di Emirates, dan kemudian menjadi kapten, Aubameyang kini dibekukan oleh Mikel Arteta.

Pemain berusia 32 tahun itu tidak bermain untuk Arsenal sejak kekalahan 2-1 kepada Everton di Goodison Park pada 6 Disember. Dam dia telah dilucutkan jawatan kapten selepas ‘pelanggaran disiplin’.

Aubameyang sudah diberitahu bahawa dia bebas untuk berunding dengan mana mana kelab.

Laporan juga menyebut bahawa dia sedia untuk cabaran baharu di tempat lain, dengan Milan berminat untuk membawa Aubameyang kembali ke San Siro. Ini untuk memperkuatkan lagi bahagian serangan mereka dalam usaha cuba merampas semula Scudetto dari tangan Inter. Milan sudah lama kemarau kejuaraan Serie A.

Aubameyang dianggap calon yang sesuai untuk mengukuhkan serangan Milan. Terutama sekali Ibrahimovic yang kerap cedera dan sudah berusia.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Gabon itu pada masa ini mendapat £350,000 seminggu ataupun sekitar €420k.

Aubameyang berkata dia sedia megurangkan gajinya. Namun permintaan gaji yang beliau minta dikatakan tetap lebih 2 kali ganda daripada pendapatan Zlatan Ibrahimovic.

Pendapatan tertinggi di AC Milan ialah Zlatan Ibrahimovic yang berusia 40 tahun dengan €144k seminggu ataupun sekitar £120k seminggu.

Ini bermakna, Auba sedia bermain untuk Milan dengan gaji setikar £240k seminggu. Kalau dikira, memang jauh juga dia sanggup kurang tu kan. Tapi situasi di Milan sangat berbeza dengan Arsenal.

Jadi, Milan tidak sanggup membayar pemain itu dengan gaji sebesar itu. Hal ini kerana Milan masih dalam proses memulihkan semula ekonomi kelab mereka. 2 musim yang lalu, Milan terkena hukuman FFP dan dilarang beraksi dalam kejohanan eropah.

Jika mereka membayar Auba dengan gaji sebesar itu, ianya akan memaksa kelab membuat penstrukturan gaji secara major. Dengan beberapa pemain masih menunggu kontrak baharu mereka.

Perjanjian ini mungkin hanya boleh berlaku jika Arsenal membayar sebahagian daripada gaji Aubameyang berdasarkan durasi kontrak dengan mereka. Sama ada secara pinjaman ataupun ketika perpindahan tetap.

AC Milan  kini di tempat ketiga, berkongsi 49 mata dengan pasukan di tangga kedua, Napoli. Milan 4 mata di belakang pendahulu ketika ini iaitu Inter Milan yang merupakan juara bertahan,

Arsenal pula masih kesulitan mencari pembeli atau kelab yang mahu meminjam Aubameyang kerana faktor gaji pemain itu tersangat besar. Kecuali Auba sanggup menerima pemotongan gaji yang banyak.

Aubameyang merupakan pemain bergaji paling besar, sebaik sahaja melanjutkan kontraknya bersama Arsenal sebelum ini. Ketika itu Aubameyang ditatang seperti minyak yang penuh kerana banyak kelab besar mahukannya. Walaupun Arsenal gagal ke UCL, Auba memutuskan untuk terus kekal bersama Arsenal dan percaya kepada projek Mikel Arteta.

Tetapi segalanya berubah apabila Aubameyang berdepan krisis prestasi selepas naik gaji.

Dia kemudian berdepan dengan isu disiplin. Bukan sekali tetapi sudah beberapa kali. Sebelum ini dia pernah disisihkan daripada perlawanan derbi menentang Spurs kerana perlanggaran disiplin, tidak hadir taklimat pasukan. Sedangkan dia adalah kapten.

Baca yang lain