Milik: “Kalau Nak Kejar Mbappe Kena Pakai Scooter”

Pemain Poland, Arkadiusz Milik sudah menjangkakan negaranya akan berdepan kesulitan untuk mengekang Kylian Mbappe dalam aksi peringkat 16 akhir.

Sebelum perlawanan, Milik mencadangkan agar mana mana pasukan yang mahu mengikat dan merantai Mbappe agar menggunakan scooter.

Ianya adalah perumpamaan yang Milik buat bagi menggambarkan betapa lajunya bintang Perancis itu di atas padang.

Milik berkata: “Untuk bertahan menentang Mbappe, kamu harus laju. Dan kamu harus ada scooter untuk mengejarnya.”

“Sangat sukar untuk bertahan secara individu berhadapan dengan Mbappe. Dia salah seorang pemain terbaik di dunia. Kami harus bertahan dalam satu pasukan dan mencari penyelesaian kolektif.”

Ketika aksi antara Perancis dan Poland, Mbappe benar benar memberikan masalah kepada Poland.

Perancis mendahului menerusi Olivier Giroud pada minit ke-44, untuk melanjutkan lagi rekod jaringan terbanyak sepanjang zamannya bersama Perancis.

Kemudian Mbappe menambah 2 lagi gol pada separuh masa kedua. Salah satu daripadanya adalah penalti pada masa kecederaan.

Itu menjadikan Mbappe kini sudah menjaringkan 9 gol dalam Piala Dunia. Hanya Thomas Muller, pemain yang masih aktif bermain yang lebih banyak daripada Mbappe.

Dan Mbappe masih baru berusia 23 tahun.

Mbappe turut mencatatkan statistik luar biasa yang lain dalam perlawanan ini termasuk 5 gelecekan lolos. Dari segi kreativiti dia mencipta 1 peluang keemasan dan 1 assist.

Jadi benarlah kata Milik, sangat sukar untuk mengekang Kylian Mbappe secara 1 lawan 1. Ternyata Poland tidak dapat bertahan secara berpasukan untuk merantai bintang utama Perancis dalam Piala Dunia 2022 ini.

ItuRobert Lewandowski menambah 1 lagi gol Piala Dunia buat dirinya untuk gol saguhati.

Perancis akan berdepan dengan England dalam aksi suku akhir. Perlawanan yang pastinya akan menjadi tumpuan ramai.

Ini selepas England turut menang ke atas lawan mereka, Senegal dalam aksi sepak mula selepas Perancis dan Poland.

Skuad bimbingan Gareth Southgate mudah melepasi cabaran Senegal dengan kemenangan 3-0.

Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka kesemuanya dalam senarai penjaring untuk skuad 3 Lions dalam perlawanan ini.

Ketiadaan Sadio Mane benar benar dirindui oleh Senegal.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.