Milner Kepada Virgil: Bukan Tuju Kat Kau Pun

James Milner semalam memuat naik status di mana beliau sedang mempersiapkan dirinya untuk misi pada boxing day.

Pemain veteran itu masih segar dalam meraikan kontrak baharu dan juga koleksi kejuaraan di dalam pencapaian peribadi bersama pasukan.

James Milner melalui minggu yang indah sebelum ini bersama dengan rakan-rakan beliau yang lain menuju ke boxing day.

Liverpool akan berhadapan dengan skuad bimbingan bekas pengendali The Reds iaitu Leicester, yang diuruskan oleh Brendan Rodgers.

Lalu semalam Milner menyatakan: “Sesi [latihan] sudah selesai… dan sekarang siap sedia untuk big guy.”

Milner kemudian berharap Virgil Van Dijk tidak ambil hati kerana kenyataan itu bukan ditujukan kepada beliau yang juga merupakan big guy.

Lalu Milner menyambung dengan tanda pagar: “Bukan ditujukan kepada Virg [Virgil Van Dijk].”

Milner juga menyatakan beliau gembira kembali bekerja di Melwood serta dinding juara telah dikemaskini.

Ini kerana Liverpool berjaya membawa pulang Piala Dunia Kelab 2019 dari Qatar, selepas menewaskan Flamengo baru-baru ini.

Liverpool menang 1-0 hasil jaringan Roberto Firmimo pada masa tambahan yang dilanjutkan selepas aksi berkesudahan seri tanpa jaringan sepanjang 90 minit.

Liverpool akan bertandang ke King Power Stadium pada hari ini sempena boxing day. Ini bukan hari bertinju tau. Ia hari merujuk kepada hari membuka kotak hadiah, sehari selepas hari Natal.

Perlawanan ini adalah mempertemukan 2 pasukan di tangga teratas.

Liverpool turun dengan jarak mata 10 mata di atas Leicester dengan 1 perlawanan kurang berbanding dengan The Foxes.

Leicester mahu bangkit daripada kekalahan di tangan Man City pada minggu lalu.

Liverpool pula dalam misi untuk menjarakkan diri daripada Leicester dan juga mengekalkan rekod tanpa kalah dalam EPL kali ini.

Alex Oxlade Chamberlain antara pemain terbaru dalam senarai kecederaan yang tidak akan bermain dalam perlawanan ini.

Menyertai senarai seperti Dejan Lovren, Joel Matip dan Fabinho.

Di bek tengah Joe Gomez pasti akan terus bergandingan dengan Virgil Van Dijk di bek tengah.

Prestasi semasa, Liverpool menang kesemua 5 perlawanan terakhir mereka. Manakala Leicester gagal menang dalam 2 perlawanan terakhir mereka buat masa ini.

Namun begitu, pemain seperti Jamie Vardy dan James Maddison antara yang dalam form of their live. Ambik korang dah terspiking pula.

Jadi, bersedialah dengan aksi boxing day pada pukul 4 pagi waktu Malaysia sebelah esok.