Mimpi Jadi Realiti: Joaquin Sanchez Julang Copa Del Rey Sekali Lagi Pada Usia 40 Tahun

Apa yang anda fikirkan pada usia 40 tahun di sebuah kelab bola sepak profesional? Mungkin tak terfikir untuk menjulang piala major lagi bukan?

Joaquin Sanchez pun sama. Tiada bezanya dengan pemikiran manusia lain. Cuma dia berjaya mengubah nasibnya sebelum bersara dengan memenangi Copa Del Rey.

Real Betis dan Valencia merupakan 2 kelab yang signifikan dengan nama legenda Joaquin Sanchez. Dan beliau membantu Los Verdiblancos menewaskan Valencia menerusi sepakan penalti 5-4 (selepas terikat 1-1).

Joaquin ialah seorang legenda dalam bola sepak Sepanyol. Kapten Real Betis itu kini berusia 40 tahun. Dia menjadi salah seorang legenda dan wira bola sepak yang popular di Sepanyol kerana kerjayanya yang panjang. Lebih 20 tahun, dan dia seangkatan dengan Xavi Hernandez.

Korang mungkin kenal dia selepas kegagalannya dalam penentuan penalti menentang Korea Selatan pada Piala Dunia 2002.

Joaquin sendiri mengakui peristiwa itu membuatkan dia lebih dikenali. Walaupun ramai yang meremhkannya kerana kegagalan itu, namun sebenarnya Joaquin telah berkembang menjadi pemain yang sangat baik. Tetapi sentiasa tidak diberikan perhatian lebih besar oleh media kerana dia bukan beraksi untuk Barcelona atau Real Madrid.

Sebenarnya pada kegemilangannya, Joaquin pernah dipancing Jose Mourinho untuk menyertai generasi emas Chelsea. Tetapi dia menolaknya.

Dia berkongsi cerita:

“Apabila Don Manuel [Ruiz de Lopera, presiden Betis president] berkata: “Nah tawarand daripada orang Rusia ni datang lagi.”

“Mereka di kelab ketika itu selalu berkata: ‘Kau jangan menyesal [menolak tawaran Chelsea]’. Saya kata tak! Saya pun mahu peluang bermain dengan pasukan yang kuat, dapat gaji yang banyak, memenangi trofi. Tetapi masa itu fikiran saya tidak memikirkan benda benda macam tu.”

“Saya gembira di Betis dan saya berkata, saya tak akan pernah menyesal.”

“Saya pernah berbual dengan Mourinho di telefon, namun saya tak pernah bersemuka dengannya kerana saya sentiasa menolak jemputannya untuk berjumpa. Kami tak pernah berjumpa sebab saya tak pernah datang. Hahaha.”

“Ada sekali tu Mourinho menunggu di hotel Alfonso XIII. Saya nekad tak nak datang sebab saya tahu, kalau saya ke sana saya akan pergi ke England selepas itu [kerana pujukan Mourinho]. Saya bercakap dengan Mourinho, meminta maaf, dia berterima kasih kepada saya dan berkata: ‘Saya hargai kejujuran kami, sebenarnya, kamu pemain pertama yang beterus terang berkata tidak kepada saya.”

Ketika peak beliau Joaquin tidak begitu menyerlah kerana generasi emas Sepanyol terlalu ramai pemain berkelas dunia. Pengurus memilih pemain berdasarkan kualiti taktikal berbanding teknikal. Ada juga teori yang menganggap kegagalan penaltinya dalam Piala Dunia 2002 membuatkan namanya mulai menjauh daripada pasukan utama Sepanyol.

Kini, di penghujung kariernya, Joaquin telah memenangi piala itu semula. Ia adalah trofi pertama Betis dalam 17 tahun. Menutup kerjaya dengan gelaran kejuaraan adalah impian semua pemain bola sepak, bukan?

Joaquin ialah pemain tertua dalam La Liga ketika ini. Dia telah memberikan kita hiburan di atas padang selama dua dekad sejak membuat penampilan sulungnya untuk Betis berusia 19 tahun, pada September 2000.

Dia seorang pemain sayap dengan kemahiran bola yang luar biasa, gaya larian yang menakjubkan dan penyudah yang hebat.

Dengan segala bakat yang dia ada, jelas Joaquin bukan sekadar pemain. Dia memulakan kerjayanya dengan kelab zaman kanak-kanaknya, Betis, selama enam musim. Pada masa itu, dia memenangi Copa del Rey 2004/2005 keduanya.

Persembahan yang konsisten menyebabkan Joaquin dibawa ke Valencia dengan harga 20 juta euro pada 2006. Dan satu lagi kemenangan Copa del Rey menyusul dua tahun kemudian. Joaquin dianggap akan menjadi bakat penting dalam generasi emas Valencia.

Namun entah di mana silapnya, dia perlahan-lahan Joaquin menjadi kurang penting di Mestalla. Selepas itu, beliau memutuskan untuk menyertai Malaga pada tahun 2011.

Kerjayanya di kelab selatan Sepanyol itu berjaya tanpa diduga. Kerana orang memikirkan Joaquin sudah menuju ke fasa penurunan kariernya. Ternyata dia adalah late bloomer.

Ketika itu, Malaga masih dibimbing oleh Manuel Pellegrini. Dan, dalam musim sulungnya untuk Malaga, Joaquin dapat membantu kelab itu menduduki tempat keempat dalam La Liga dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Joaquin kemudian meninggalkan Sepanyol buat kali pertama selepas menerima tawaran Fiorentina di Serie A.

Bagaimanapun, dia kembali semula ke Betis setelah kelab itu memintanya pulang ke tanah air pada 2015. Ketika itu dia berusia 34 tahun pada masa itu dan dianggap musim sebelum persaraannya dalam semusim dua lagi.

Ternyata, dia kekal tujuh tahun lagi, dan nama Joaquin masih ada. Dia masih boleh beraksi pada tahap yang cukup tinggi untuk membuat 31 penampilan dalam semua pertandingan musim ini di bawah jurulatihnya di Malaga, Manuel Pellegrini.

Hayat karier panjang Joaquin membuatkan dia tampil lebih banyak dalam La Liga berbanding pemain lain seperti legenda Real Madrid, Raul Gonzalez (550). Dengan 595 perlawanan, Joaquin kini mengejar rapat bekas penjaga gol Barcelona Andoni Zubizarreta (621).

Joaquin juga akan menjadi penjaring tertua dalam La Liga jika dia berjaya melakukannya sebelum musim 2021/2022 berakhir atau musim depan jika dia belum bersara.

Pada separuh akhir kedua musim ini, Joaquin benar benar menggila pada usianya 40 tahun.

Dia telah membuat 14 penampilan sejak awal Februari 2022. Itu termasuk empat permulaan ataupun sebagai kesebelasan utama.

Baca yang lain