Senarai penuh skuad Liga Juara-Juara Liverpool telah disahkan menjelang pertembungan menentang Atletico Madrid di peringkat kalah mati nanti.
Barisan pemain Liverpool yang dipilih untuk beraksi di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara telah disahkan dan ada perubahan yang ketara telah dilakukan oleh Klopp.
Takumi Minamino,yang telah ditandatangani dari Red Bull Salzburg pada Januari lalu,telah dimasukkan ke dalam senarai 25 pemain pilihan “A” oleh Jurgen Klopp untuk mengharungi pusingan kalah mati.
Takumi Minamino has been added to Liverpool’s Champions League squad for the remainder of the season. 🇯🇵 pic.twitter.com/BWzQPFJJ1w
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 6, 2020
Di peringkat kumpulan Minamino bermain menentang Liverpool untuk Salzburg, tetapi peraturan UEFA menyatakan pemain yang muncul ketika peringkat kumpulan masih layak untuk tampil bersama pasukan lain pada peringkat seterusnya.
Sesebuah pasukan itu dibenarkan mendaftar sehingga tiga pemain senarai ‘A’ yang baru, tarikh akhir untuk pendaftaran pemain adalah pada malam isnin lalu.
ketika awal musim lalu Liverpool telah mendaftarkan Sepp van den Berg kedalam skuad utama pasukan Liverpool. Manakala selepas jendela perpindahan Januari berakhir, Liverpool telah menukarkan tempat Van Den Berg dengan memasukkan Minamino.
“I’m getting used to the city and I’m getting used to the team as well. I have been enjoying this moment and I would love to keep doing so in the future.”@takumina0116 on his first month at the Reds 🙌
— Liverpool FC (@LFC) January 31, 2020
Dari 25 senarai pemain, dua dari mereka haruslah penjaga gol dan di senaraikan dalam senarai pemain “A”. Dan sekurang-kurangnya harus ada lapan tempat secara ekslusif untuk “Locally Trained Player “.
“Locally Trained Player” boleh jadi seorang pemain yang dilatih oleh sesebuah pasukan dan telah bersama pasukan itu selama tiga tahun antara umur 15 dan 21 tahun, atau pemain itu pernah berlatih dan bersama dengan pasukan lain yang bersekutu dan berada di sana untuk tempoh yang sama.
Van den Berg, yang ditandatangani pada musim panas, tidak sesuai dengan dua kategori ini.
Big shout out to Sepp van den Berg for last night 🌟
Has struggled in his first-team appearances to date, but not last night – where he was excellent and composed and showed real promise. Well done, lad 🔴 pic.twitter.com/4zSjFGargO
— Empire of the Kop (@empireofthekop) February 5, 2020
Liverpool akan berdepan Atletico Madrid untuk pusingan 16 terbaik, leg pertama akan berlangsung di Sepanyol pada 18 Februari diikuti leg kedua akan bermain di Anfield tiga minggu kemudian pada 11 Mac.
Skuad penuh:
Penjaga gol: Alisson Becker, Adrian, Andy Lonergan, Caoimhin Kelleher *
Pertahanan: Virgil Van Dijk, Dejan Lovren, Joe Gomez, Andy Robertson, Joel Matip, Adam Lewis *, Trent Alexander-Arnold *, Neco Williams *, Yasser Larouci *
Pemain tengah: Fabinho, Georginio Wijnaldum, James Milner, Naby Keita, Jordan Henderson, Alex Oxlade-Chamberlain, Adam Lallana, Xherdan Shaqiri, Curtis Jones *, Harvey Elliott
Penyerang: Roberto Firmino, Sadio Mane, Mohamed Salah, Takumi Minamino, Divock Origi
Herbie Kane dan Rhian Brewster juga berada di senarai laman UEFA, tetapi kedua-duanya kini telah dipinjamkan ke pasukan lain.
(Pemain dengan * adalah Senarai B. Bilangan pemain yang tidak terhad boleh dinamakan dalam skuad.
Laman web UEFA mengatakan: “Seorang pemain boleh didaftarkan pada Senarai B jika dia dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1998 dan telah telah layak bermain untuk kelab berkenaan untuk sebarang tempoh tanpa gangguan selama dua tahun sejak ulang tahun ke-15nya.”